Isnin, 30 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul Meriah

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1430H di Taman Indera Sempurna meriah dengan kehadiran hampir 300 penduduk di kalangan ibubapa dan kanak-kanak. Program sambutan Maulid yang diadakan kali kedua di Taman ini bermula dengan tayangan filem 'Al-Risalah' pada malam 28 Mac 2009. Tayangan ini bermula selepas solat Maghrib dan disambung semula selepas solat Isyak. Kemudian program di sambung semula dengan solat Subuh berjamaah pada 29 Mac dan kira-kira pukul 7.30am perarakan dimulakan. Perarakan ini disertai oleh KRT, pelajar KAFA, pelajar PASTI Al-Hikmah, pelajar Taska dan segenap lapisan masyarakat di Indera Sempurna. Selepas perarakan program disambung dengan pelbagai persembahan dari anak-anak Indera Sempurna(PASTI,KAFA) dan kumpulan Nasyid jemputan dari Sekolah Berasrama penuh Integrasi Kuantan, SEMSAS dan Sekolah Menengah Mat Kilau. Persembahan yang merangkumi Bacaan Al-Quran, Nasyid, Bercerita dan Sajak itu telah memukau para hadirin. Kira-kira pukul 11.00pagi persembahan diakhiri dengan penyampaian cenderahati untuk peserta dan juga penyumbang kepada aktiviti-aktiviti surau dan jamuan makan tengahari. Program sambutan Maulidur Rasul ini diakhiri dengan Ceramah Perdana selepas solat Maghrib oleh Ustaz Tuan Sidek Tuan Muda Pensyarah Universiti Malaysia Pahang. Alhamdulillah berkat kesungguhan AJK surau dan para penduduk yang bergotong-royong dengan penuh ikhlas maka program ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Semoga tema "Cintai Rasulullah s.a.w sepenuh hati" dapat benar-benar dihayati dalam kehidupan kita semua.

Ucapan Daripada Pengerusi Surau Fatimah Az-Zahra


Perarakan...


Persembahan Daripada PASTI AL-HIKMAH


Kenangan...


Galeri...

Jumaat, 13 Mac 2009

Mesyuarat AJK Surau Bil 1/2009

Pada hari Rabu 11 Mac 2009 Ajk Surau Sessi 2009-2010 telah mengadakan mesyuarat kali pertama selepas sahaja solat Maghrib. Alhamdulillah majoriti ajk yang telah dilantik hadir manakala yang tidak hadir masing-masing mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Antara perkara utama yang dibincang ialah penstrukturan semula Biro-Biro agar sesuai dengan fungsi yang dimainkan oleh surau dan penambahan ajk baru begi melancarkan aktiviti surau.
Mesyuarat juga telah memutuskan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 28 Mac 2009 akan datang di mana aktiviti ini akan berlansung dari pagi hingga malam. Program akan diisi dengan pertandingan azan, nasyid dan melukis kanak-kanak manakala di sebelah malam akan diadakan ceramah. Pihak surau juga bersyukur kerana ada hamba Allah yang telah menderma sebanyak RM2500 untuk menjayakan sambutan Maulidur Rasul kali ini.
Mesyuarat di akhiri pada pukul 8.35 malam sejurus masuknya waktu Isyak.