Isnin, 28 Disember 2009

AJK Surau Ziarah Sahabat Kemalangan



Setelah mendapat berita bahawa sahabat surau iaitu En. Husin JPJ mengalami kemalangan jalan raya, Ustaz Zuridan bersama dengan Ustaz Yazid dan Tn. Hj.Nordin telah meluangkan masa menziarahi bagi melihat keadaan beliau.

Kemalangaan yang berlaku 2 minggu lepas telah mengakibatkan tulang belakangnya retak dan ketika diziarahi beliau menggunakan alat sokongan badan. Oleh itu, sahabat surau yang mempunyai kelapangan bolehlah menziarahi beliau bagi menghidupkan amalan ziarah. marilah kita bersama-sama berdoa agar beliau segera sembuh dan dapat berjemaah di surau dan menjalankan kerja beliau seperti biasa.

Sebenarnya amalan ziarah ini bukanlah hanya ketika sakit sahaja bahkan melengkapi semua keadaaan samada sihat ataupun berdukacita, sahabat handai, saudara mara, kaum keluarga, yang lebih muda, lebih-lebih lagi yang tua, bujang ataupun sudah berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempatmu di dalam syurga" (diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a)

Ketika berziarah kita hendaklah memelihara diri dan menjaga adab-adab ziarah antaranya:

1) Jangan duduk terlalu lama kerana boleh menyebabkan jemu kepada si pesakit
2) Zahirkan simpati seolah-olah kita juga merasa sebagaimana ia merasakannya
3) Doakan untuknya seperti dikatakan "Ya Allah, sihatkanlah sahabatku"
4) Nasihatkan supaya bersabar kerana sakit itu mendapat pahala
5) Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepada si pesakit

*Petikan daripada buku "indahnya hidup bersyariat"

Tokoh Maal Hijrah (Remaja) 2009



Nama : Nasrullah @ Awie

Kriteria Pemilihan
1) Rajin berjemaah di surau
2) Rajin membantu ibu di gerai
3) Kematangan dalam bertutur (macam orang tua)
4) Gaya (macam ustaz)

Liputan Kem Remaja Islam dalam Sinar Harian

Sabtu, 26 Disember 2009

Remaja Ikrar Perubahan Sahsiah



















Seramai 30 orang peserta Kem Remaja Islam telah menzahirkan ikrar masing-masing bagi membuat perubahan diri selepas pulang daripada program ini. Memohon maaf kepada kedua Ibu Bapa, membahagiakan mereka, tidak akan meninggalkan solat dan sentiasa solat di masjid adalah diantara ikrar yang dilaungkan.

Program dua hari ini yang bermula pada 22 Disember diharap dapat memberikan impak kepada peserta bagi membina sahsiah remaja Islam sebenar. Semua peserta melahirkan rasa puas hati di atas pengisian dan aktiviti yang diaturkan oleh Jawatankuasa Surau.


Peserta sedang khusyuk mendengar kuliah.


















Bertadarus sementara menunggu solat maghrib

















Bertadarus selepas solat subuh.

















Membudayakan makan dalam talam.

















Praktikal Solat Cara Rasullullah S.A.W.

Isnin, 21 Disember 2009

Seminar Maal Hijrah - 1431 Hijrah

Seminar Maal Hijrah yang bertemakan “Hijrah Dalam Pendidikan Anak-Anak” telahpun berjaya diadakan pada 18 Disember 2009 bersamaan 1 Muharram 1431 bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada 12:00 tengahari. Walaupun hujan pada pagi tersebut, seminar ini telah berjaya menarik seramai 70 orang peserta yang ada di antaranya datang daripada luar Indera Sempurna.

Dua kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini yang dimulakan oleh Ustaz Supian Abdul Majid, Pensyarah KIPSAS dengan tajuk “Ciri-Ciri Pendidikan Islam”. Penceramah kedua iaitu Ustaz Azhar Jaafar, Pensyarah Kolej IKIP pula membentangkan tajuk “Cabaran Mendidik Anak-Anak dan Penyelesaiannya”. Banyak input dan maklumat yang telah diberikan oleh kedua-dua penceramah yang begitu bermanfaat dan boleh dijadikan panduan dalam melakukan penghijrahan dalam pembentukan keluarga dan juga pendidikan anak-anak.

Pihak Jawatankuasa Surau mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua penceramah jemputan kerana dapat berkongsi ilmu dan terima kasih juga diberikan kepada semua peserta yang hadir pada seminar kali ini. Pihak jawatankuasa akan cuba berusaha untuk melaksanakan program-program seumpama ini dimasa akan datang.

Peserta membuat pendaftaran
















Ustaz Supian Abdul Majid

















Ustaz Azhar Jaafar

















Peserta-peserta seminar sedang asyik mendengar pembentangan

Sabtu, 5 Disember 2009

Hujan Lebat - AJK Surau Tinjau Kawasan Perkampungan

5 Disember 2009, 12:20tgh.



Timbalan pengerusi surau, Ustaz Joha bersama dengan Tn. Hj. Nordin meninjau kawasan sekitar perkampungan bagi melihat keadaan paras air akibat hujan berterusan. Tinjauan mendapati longkang-longkang utama telah dipenuhi air manakala beberapa kawasan rendah telah dinaiki air seperti di lorang 52, jalan masuk ke fasa 2 berhampiran tangki air dan loji rawatan najis.