Rabu, 28 September 2011

KISAH DARIPADA RASULULLAH SAW

SEORANG LELAKI DAN SEEKOR ANJING YANG DAHAGA


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: Ada seorang lelaki sedang berjalan. Tiba-tiba, dia terasa sangat dahaga. Maka, dia turun ke dalam sebuah telaga lalu meminum air di dalamnya. Apabila dia keluar dari perigi itu, dia melihat seekor anjing yang terjelir lidahnya, sedang memakan tanah yang basah lantaran terlalu dahaga. Dia berkata dalam hati, ‘Sesungguhnya anjing ini sangat dahaga seperti yang telah aku rasai.’

Maka, dia turun kembali ke dalam telaga lalu dicedoknya air dengan kasutnya dan digigit dengan mulutnya, Kemudian dia memanjat ke atas lalu memberikan anjing itu minum sepuas-puasnya. Atas sebab itu, Allah SWT telah mengucapkan syukur kepadanya dengan menerima amalannya serta diampunkan dosanya.


Sahabat-sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Adakah kita akan mendapat pahala dengan melakukan kebaikan kepada binatang?


Rasulullah menjawab, “Berbuat baiklah kepada semua makhluk yang hidup, nescaya ada ganjaran baginya.”

Selasa, 20 September 2011

Kumpulan Marhaban, Satu Lagi Sejarah Tercipta...

Tanggal 19 September 2011, satu lagi sejarah perkembangan aktiviti surau tercipta. Dengan wujudnya Kumpulan Marhaban yang memulakan aktiviti ziarah rumah ke rumah pada malam tadi adalah diharapkan ianya menjadi satu aktiviti tahunan dalam kalender aktiviti surau. Idea asal yang dicetuskan oleh Tn. Hj. Nordin dan dijayakan oleh ahli-ahli kompang serta jemaah surau telah menziarahi 6 buah rumah bagi bersama-sama berselawat ke atas Junjugan kita Nabi Muhammad SAW disamping mengumpul sumbangan untuk gerakan kumpulan kompang.





Khamis, 15 September 2011

Info Kewangan Surau





Klik untuk besarkan...

Info: En. Aminuddin Bin Ayob (Penolong Bendahari)