Rabu, 29 Februari 2012

En. Tajuddin Dan En. Arif Galas Tugas Jaga Kebersihan Surau

En. Arif dan En. Tajuddin


Tekun...En. Arif sedang vakum karpet ruang solat...


Tahan nafas.... En. Tajudin sedang mencuci tandas lelaki...

Selasa, 28 Februari 2012

Takrif Amil Dalam Agihan Zakat

Ikuti takrifan AMIL (Asnaf ketiga) yang sebenar dalam agihan zakat. Sebahagian masyarakat beranggapan AMIL ini adalah mereka yang mengutip zakat fitrah itu sahaja. Namum pengertian AMIL ini sangat luas iaitu individu yang terlibat dalam pengurusan zakat.

Ahad, 26 Februari 2012

Nabi Ibrahim a.s. Inginkan Zuriat

Ikuti perjalanan hidup para nabi bersama Ustaz Aziz dalam Kuliah Maghrib Dwi Mingguan (hari Jumaat).



Sabtu, 25 Februari 2012

Jumaat, 24 Februari 2012

Ulama' Pupus Siapa Peduli...

Pada akhir zaman, Ilmu agama akan diangkat... salah satu cara adalah Allah mematikan ulama'...

Rabu, 22 Februari 2012

Tabung Pasar Malam

Jemaah surau, Pak Tam atau nama sebenar En. Mohd. Hanifah cukup dikenali dikalangan jemaah surau kerana inisiatif beliau untuk membantu menambah sumber kewangan Surau Fatimah Az-Zahra.

Bermula dengan mendapatkan pengusaha bengkel bagi membina tabung-tabung derma, beliaulah yang berusaha untuk meletakkan tabung-tabung tersebut di laluan pasar malam.

Selepas solat isya' pula, beliau dibantu oleh Pak Andak (En. Hishamuddin) bagi mengambil semula tabung tersebut.

Secara purata jumlah kutipan mingguan adalah lebih kurang RM 200.00.

Pak Tam bersama tabung pasar malam...


Tabung-Tabung Pasar Malam...



Pak Tam & Pak Andak


Bersiap untuk bawa balik...


*Satu tugas yang sesetengah orang malu untuk laksanakan. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan oleh jemaah-jemaah surau seperti ini diberikan ganjaran pahala oleh Allah.* InsyaAllah dilain masa akan dipaparkan sumbangan jemaah yang lain pula....

Isnin, 20 Februari 2012

Nasihat Kepada Anak-Anak - Jangan Bising Di Surau

Siapa yang belum sembahyang? - Ustaz Zuridan














Ustaz Ayob memberikan nasihat kepada anak-anak jemaah...

















Pihak AJK Surau memohon kerjasama daripada Bapa-bapa supaya menasihatkan anak masing-masing supaya tidak membuat bising ketika jemaah sedang sembahyang.