Isnin, 26 Mac 2012

Program Rehlah Sg. Mas

Pada 24 Mac yang lalu, Pihak surau telah menganjurkan satu sesi Rehlah bersama remaja Indera Sempurna di Sg. Mas, Sungai Lembing. Program sehari ini telah menarik minat 20 orang remaja bagi bersantai dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Beberapa orang Ajk dan Jemaah surau juga telah turut serta memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah solat dhuha,solat zohor, tazkirah oleh Ustaz Rosaidi (Pengerusi Surau) dan Ustaz Sayuti (Bendahari), juggle tracking bersama Sarjan Razmi dan menyusuri sungai Mas.

Ajk dan Jemaah dengan post istimewa...


Tukang masak sebenar tengok jer...


Ustaz Sayuti sedang memberikan tazkirah selepas solat zohor...


Berdoa...


Solat berjamaah di atas pasir...


Bergambar sebelum pulang....


Aktiviti luncur air...


Konvoi balik ke Indera Sempurna..


Ahad, 25 Mac 2012

Paparan Digital



Paparan digital ini adalah bertujuan untuk memudahkan penyampaian makluman berkenaan waktu solat dan aktivit-aktiviti semasa surau.

**diharap paparan ini tidak mengganggu jemaah ketika solat**

Sabtu, 24 Mac 2012

Jumaat, 23 Mac 2012

Bilik Wuduk Dan Tandas Baru Dalam Pembinaan


Pembangunan surau Fatimah Az-Zahra diteruskan lagi dengan pembinaan bilik wuduk dan tandas baru. Tandas dan bilik wuduk sediada pula akan diubahsuai bagi memperbesarkan lagi ruang solat.

Pihak surau telah menerima sumbangan daripada individu yang sanggup menanggung semua kos pembinaan bilik wuduk,tandas dan ubahsuai bagi tujuan ini. Pihak surau mngucapkan terima kasih kepada individu tersebut dan berharap ramai lagi individu-individu yang berkemampuan untuk memberikan sumbangan kepada surau kita.

Pihak surau juga mengalu-alukan semua penduduk Indera Sempurna supaya beramai-ramai berjemaah di surau ini..........

Khamis, 8 Mac 2012

Surau Waktu Malam...

Tabung Surau Dicuri....


Kecurian yang berlaku pada 6 Mac 2012, salah satu tabung surau telah diumpil...

Sehubungan dengan itu, Pihak Surau akan mengadakan solat hajat selepas solat jumaat pada 9 Mac 2012 (esok) bagi memohon keselamatan surau dan penduduk di Indera Sempurna Umumnya.

Khamis, 1 Mac 2012

KAFA Perlu Kelas Pengajian Lebih Selesa?


Setiap awal pagi anak-anak KAFA akan menyusun meja belajar dan selepas habis pengajian menyimpannya semula. Itulah rutin harian yang dilakukan demi menimba ilmu daripada ustazah-ustazah KAFA.

Difahamkan jumlah pelajar yang mencecah 200 orang dengan 5 orang ustazah menggunakan persekitaran ruang surau dan menumpang bangunan serbaguna sebagai kelas pengajian. Walaupun kelihatan kurang selesa, tetapi Ustazah-ustazah masih komited memberikan pendidikan asas fardhu ain kepada anak-anak kita di Perkampungan Indera Sempurna ini. Pelajar pula seakan sudah biasa dengan keadaan seperti ini.

Bacaan doa sebelum memulakan pengajian...


Tolong la angkat....


Anak-anak KAFA sedang menyusun meja belajar...