Jumaat, 25 Mei 2012

FORUM AL-MUQARRABIN


KRT Indera Sempurna dengan kerjasama Radio Malaysia Pahang dan Jawatankuasa Surau telah mengadakan Forum Al-Muqarrabin pada malam tadi.

Ahli Panel terdiri daripada:
1) Ustaz Zuridan Daud - Pensyarah UMP, Penasihat Surau Fatimah Az-Zahra
2) Ustaz Mahmud Bin Mat - Pendakwah Bebas, Motivasi Bina Ummah
3) Ustaz Azlan Bin Abdul Rahman - Jabatan Agama Islam Pahang

 

Surau Terima Sumbangan Korporat Bagi Lantikan Pegawai Surau


Dengan kerjasama sebuah syarikat korporat tempatan, Pihak surau telah melantik dua orang Imam Muda Hafiz yang akan bertugas sebagai imam tetap di surau ini. Buat masa ini seorang imam muda iaitu Imam Muda Arif telah memulakan tugas beliau bermula pada 16 Mei yang lalu manakala seorang lagi akan bermula pada bulan Jun ini.

Pihak Surau menngucapkan berbanyak terima kasih kepada Syarikat Korperat terebut dan berharap ramai lagi individu atau syarikat korporat yang sudi memberikan sumbangan kepada surau seumpama ini. Sebelum ini juga terdapat beberapa individu dan syarikat tempatan yang telah memberikan sumbangan kepada pembangunan surau.

Adalah diharapkan juga, dengan perlantikan pegawai-pegawai tetap surau  ini akan menarik penduduk di Indera Sempurna untuk sama-sama mengimarahkan surau ini.

Ahad, 6 Mei 2012

Kursus Fiqh Muslimat

Dengan kerjasama AJK Muslimat Surau Fatimah Az-Zahra dan Nisa' Pekan, Kursus Fiqh Muslimat telah diadakan pada hari ini bermula jam 9:00 pagi dan berakhir pada 1:00 tgh.

Dua orang ahli panel berpengalaman telah diundang khas bagi membicarakan berkenaan Haid, Nifas dan Istihadah iaitu, Ustazah Razana Mohamad (Guru Sek. Keb. Langgar Pekan) dan Dr. Harison Mohd Amin (Bekas Pengarah Hospital Besar Kuala Lumpur).

Seramai lebih kurang seratus peserta telah mengambil bahagian didalam kursus ini terdiri daripada suri rumah, remaja dan kanak-kanak.


 

Sabtu, 5 Mei 2012

Ceramah Bulanan Oleh Ustaz Abdullah Mahmud


Buat kali ke-2, Ustaz Abdullah Mahmud telah dijemput ke Surau Fatimah Az-Zahra bagi menyampaikan ceramah bulanan.

Ceramah bulanan yang bertajuk "Kepentingan Perubatan Islam", menceritakan beberapa pengalaman beliau sebagai pengamal perubatan Islam dan memberikan beberapa petua dan kaedah perubatan Islam terhadap beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, asma, selsema, sakit pinggang dan jantung.

Selepas tamat ceramah, Ustaz Abdullah meluangkan masa memberikan khidmat perubatan kepada beberapa orang jemaah.