Khamis, 23 Disember 2010
Jom la ke Surau...
Assalamualaikum wrh. Kepada semua penduduk Indera Sempurna khususnya, kami menjemput tuan-tuan agar sama-sama hadir solat berjemaah di surau kita (Surau Fatimah Az-Zahra). Solat berjamaah sangat penting bagi kita umat Islam hingga Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna solat bagi mereka yang berjiran dengan masjid/surau melainkan di masjid". Malah Nabi SAW pernah mahu menyuruh para sahabatnya mengumpulkan kayu api untuk membakar rumah mereka yang tidak berjamaah di masjid tanpa sebarang keuzuran".
Antara kelebihan solat berjamaah di masjid@surau ialah dapat menghubungkan silaturrahim sesama Islam dan dapat meleraikan sebarang salah faham dan sengketa sesama muslim. Memandangkan penduduk di Indera Sempurna sudah ramai maka eloklah kita bersama-sama ke surau bagi mengeratkan persaudaraan kita dan dapat kita bekerjasama membangunkan taman kita ini. Di samping itu para jamaah yang ke surau akan dapat bersama-sama mengikuti pengajian ilmu Islam di surau yang diadakan setiap malam selepas solat Maghrib.
Jomlah kita ke surau!
Sabtu, 27 November 2010
Khamis, 18 November 2010
Isnin, 15 November 2010
Mesyuarat Penyelarasan Qurban 1413H
Ahad, 14 November 2010
AJK Surau Pilih Lembu Untuk Qurban 2010
Ahad, 26 September 2010
Kutipan Tabung Ramadhan
السلام عليكم
Berikut adalah jumlah kutipan derma Ramadhan.
Keterangan | Masuk | Keluar | Baki |
Derma 29 Sya'ban – 13 Ramadhan | RM3,382.85 | RM3,382.85 | |
Makan Minum Penceramah Imam Muda | RM98.00 | RM3,284.85 | |
Perbelanjaan Muslimat | RM100.00 | RM3,184.85 | |
Saguhati Penceramah Ustaz Asmawi | RM150.00 | RM3,034.85 | |
Saguhati Penceramah Indonesia | RM100.00 | RM2,934.85 | |
Derma 14 Ramadhan – 19 Ramadhan | RM1,068.00 | RM4,002.85 | |
Derma 20 Ramadhan | RM246.00 | RM4,248.85 | |
Derma 21 Ramadhan | RM696.00 | RM4,944.85 | |
Derma 22 Ramadhan | RM346.00 | RM5,290.85 | |
Upah Bulanan Kebersihan Surau (En. Tajuddin) | RM200.00 | RM5,090.85 | |
Derma 23 Ramadhan | RM271.00 | RM5,361.85 | |
Derma 24 Ramadhan | RM593.00 | RM5,954.85 | |
Upah Memasang Khemah | RM50.00 | RM5,904.85 | |
Derma 25 Ramadhan | RM407.00 | RM6,311.85 | |
Saguhati Imam Muda Azhar | RM200.00 | RM6,111.85 | |
Sewa Khemah Ustaz Sukardi | RM500.00 | RM5,611.85 | |
Cenderahati Dato' Fatmi | RM40.00 | RM5,669.85 | |
Derma 26 Ramadhan | RM390.00 | RM6,059.85 | |
Derma 27 Ramadhan | RM222.00 | RM6,281.85 | |
Bank In (Bank Islam) | RM4,756.00 | RM1,525.85 | |
Derma 28 Ramadhan | RM250.00 | RM1,775.85 | |
Derma 29 Ramadhan | RM265.00 | RM2,040.85 | |
Caj Sambungan Elektrik (TNB) | RM1,250.00 | RM790.85 | |
JUMLAH | RM8,136.85 | RM7,346.00 | RM790.85 |
Keterangan:
Kiraan jadual di atas adalah khusus bagi kutipan derma bulan Ramadhan pada sessi tazkirah solat sunat tarawih. Jumlah kutipan meningkat sekali ganda berbanding Ramadhan tahun lepas berikutan faktor pertambahan penduduk Indera Sempurna. Sebanyak RM4,756.00 telah dimasukkan ke dalam akaun Surau Fatimah Az-Zahra pada 7/9/2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431 H. Sebanyak RM1,250.00 telah digunakan buat membayar caj TNB bagi tujuan menaiktaraf bekalan elektrik dari 1 phase ke 3 phase. Jumlah tunai berbaki RM790.85.
Ahad, 19 September 2010
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
Isnin, 6 September 2010
Sabtu, 4 September 2010
Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan
Disempurnakan Oleh YBhg Datuk Hj. Fatmi Bin Hj. Che Salleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia.