Pada 28 Jan 2009 kira-kira jam 6.45 ptg, saya, Wan dan Duan (Ajk Surau Fatimah Az-Zahra) sempat membuat sedikit usaha dakwah kepada anak-anak muda di Inderasempurna. Meskipun rasa sukar untuk lakukan usaha ni tetapi dalam hati terus berbisik 'Apakah sumbangan untuk dakwah kepada Islam? Kalau para Ustaz asyik berceramah di Masjid & surau sahaja sampai bilakah dakwah akan menembusi lorong-lorong di mana anak-anak muda melepak?
Pada petang tersebut kami sempat bertemu dan menyampaikan mesej dakwah kepada 4 orang remaja yang terdiri dari seorang perempuan dan tiga lelaki yang sedang melepak. Setelah salam diberi kamipun berkenalan ringkas dengan mereka. Kemudian kami mempelawa mereka ke Surau dan mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam. Kemudian kami beredar dan cuba menjejaki mat-mat rempit yang merayau-rayau di kwsn perumahan. Namun hingga hampir dengan Maghrib kami tidak berpeluang berbicara dengan mat-mat rempit ni kerana mereka terus mundar-mandir di atas motor masing-masing tanpa berhenti. Insyallah minggu depan kami akan menjejaki mereka semula....
Khamis, 29 Januari 2009
Isnin, 24 November 2008
Kelab Remaja Surau
Jumaat, 21 November 2008
Kem Ibadah Remaja 08
Khamis, 6 November 2008
Team Badminton Surau adakan 'Friendly' dengan Team UMP
Ahad, 2 November 2008
Ajk buat kebajikan membantu Armalah
Pada 26 Oktober 2008 (petang Ahad) yang lalu Ajk Surau Fatimah Az-Zahra dan beberapa ahli jamaah telah mengadakan lawatan singkat ke rumah armalah (janda) kepada arwah Lan Tukang bagi menyampaikan sumbangan derma kepadanya. Ajk surau juga telah berbincang dengannya bagaimana cara untuk mendapatkan sumbangan pelajaran anak-anak arwah samada dari pihak sekolah, zakat dan Yayasan Pahang. Semoga Allah Taala meringankan beban beliau dan sentiasa diberkati olehNya.
En Soleh bertanyakan khabar
Cikgu Bakar, Ustaz Joha dan En Tajuddin mendengar masalah yang dihadapi oleh Ustazah Wan Fazilah

Khamis, 9 Oktober 2008
PETUNJUK DAKWAH
Antara perkara yang perlu diingat oleh para pendakwah, ustaz dan penceramah bahawa Islam
yang dibawa oleh Nabi s.a.w bukan hanya berkembang dengan syarahan semata. Dalam erti kata lain apabila diundang ke majlis ceramah, ingatkan dalam hati bahawa kedatangan ke majlis tersebut bukan hanya untuk bersyarah tetapi lebih utama dari itu ialah muamalah atau pergaulan. Nabi s.a.w telah menunjukkan bagaimana melalui pergaulanlah Islam dalam menerobos ke pelusuk hati si kafir. Baginda akan duduk bersama, bercerita, berbual, memberikan sentuhan-sentuhan fizikal yang sekaligus mencetuskan kekaguman kepada sahsiah baginda s.a.w. Kecenderungan sesetengah pendakwah mempertajamkan kemahiran pidato tetapi mengabaikan aspek kemahiran muamalah boleh memberikan impak negatif kepada dakwah itu sendiri. cuba lihat sekeliling kita, kedapatan para pendakwah yang tidak mesra pergaulan, tidak mesra jiran, garang, berkata kasar, cepat menghukum, besar diri, sukar di dampingi dan sebagainya.
yang dibawa oleh Nabi s.a.w bukan hanya berkembang dengan syarahan semata. Dalam erti kata lain apabila diundang ke majlis ceramah, ingatkan dalam hati bahawa kedatangan ke majlis tersebut bukan hanya untuk bersyarah tetapi lebih utama dari itu ialah muamalah atau pergaulan. Nabi s.a.w telah menunjukkan bagaimana melalui pergaulanlah Islam dalam menerobos ke pelusuk hati si kafir. Baginda akan duduk bersama, bercerita, berbual, memberikan sentuhan-sentuhan fizikal yang sekaligus mencetuskan kekaguman kepada sahsiah baginda s.a.w. Kecenderungan sesetengah pendakwah mempertajamkan kemahiran pidato tetapi mengabaikan aspek kemahiran muamalah boleh memberikan impak negatif kepada dakwah itu sendiri. cuba lihat sekeliling kita, kedapatan para pendakwah yang tidak mesra pergaulan, tidak mesra jiran, garang, berkata kasar, cepat menghukum, besar diri, sukar di dampingi dan sebagainya. Firman Allah Taala:
فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك . آل عمران 159
Maksudnya: (( Maka disebabkan rahmat dari Allah-ah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berkeras hati, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu )).
Maksudnya: (( Maka disebabkan rahmat dari Allah-ah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berkeras hati, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu )).
Alangkah eloknya jika seorang pendakwah itu, di samping hebat berpidato, ia juga mudah mendekati remaja-remaja lepak, senang menghadiri aktiviti gotong-royong, cepat menziarahi
orang-orang sakit, bersedia memberikan nasihat, prihatin kepada golongan susah, terbuka mendekati orang kafir dan sebagainya. Pastinya dengan muamalh hasanah seperti ini dakwah Islam akan lebih cepat berkembang!
orang-orang sakit, bersedia memberikan nasihat, prihatin kepada golongan susah, terbuka mendekati orang kafir dan sebagainya. Pastinya dengan muamalh hasanah seperti ini dakwah Islam akan lebih cepat berkembang!Rabu, 8 Oktober 2008
SOLAT HAJAT PMR 2008
Pihak Surau Fatima Az-Zahra akan mengadakan Solat Hajat bagi mendoakan kejayaan anak-anak Qaryah dalam peperiksaan PMR yang semakin hampir. Program Solat Hajat tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 9 Oktober 2008.
Masa : 7.00pm -8.30pm
Aktiviti :
Solat Maghrib.
Bacaan Yasin.
Solat Isyak.
Solat Hajat.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Tarikh : 9 Oktober 2008.
Masa : 7.00pm -8.30pm
Aktiviti :
Solat Maghrib.
Bacaan Yasin.
Solat Isyak.
Solat Hajat.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Langgan:
Catatan (Atom)