Selasa, 28 April 2009

Operasi Cegah Maksiat

27 April 2009, 12:30pagi.

Berdasarkan maklumat penduduk, Seorang wanita (Janda anak seorang) berumur 31 tahun bersama seorang anggota tentera berumur 25 tahun telah berjaya ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam rumah. Berdasarkan maklumat, anggota tentera terbabit meletakkan keretanya di belakang rumah dan telah diperhatikan dalam keadaan mencurigakan sebelum masuk ke dalam rumah.

Sekumpulan penduduk diketuai oleh En. Mat telah menahan kedua-dua suspek dan menghubungi Ustaz Zuridan untuk tindakan lanjut. Hasil siasatan didapati wanita tersebut dipercayai tinggal bersama anaknya manakala anggota tentera tersebut datang daripada KEM Askar. Anggota tentera terbabit pernah diperhatikan datang ke rumah wanita tersebut sebelum ini. Kedua-dua suspek merayu dengan memberikan berbagai-bagai alasan supaya dilepaskan dan tidak dibawa ke jabatan agama.

Wanita tersebut yang bertugas di salah sebuah kolej di Kuantan telah diberi amaran dan nasihat oleh Ustaz Zuridan manakala anggota tentera terbabit diserahkan kepada pegawai atasannya untuk tindakan lanjut. Operasi ini juga disertai oleh AJK Surau yang lain iaitu Tn. Hj. Nordin dan En. Tajuddin.

Semoga usaha mencegah maksiat ini akan dapat diteruskan bagi memastikan Perkampungan Indera Sempurna bebas daripada maksiat.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Harap pihak ajk diberi kekuatan utk menghadapi dugaan dalam mencegah perbuatan mungkar. Amin

Tanpa Nama berkata...

Sejak akhir2 ni didapati terdapat beberapa pasang remaja lelaki dan perempuan sering lepak di tepi kolam dan semalam 2 pasang remaja berkenaan berjalan2 berdua2an di sekitar taman. Risau kalau2 mereka membuat perkara tidak senonoh. Maklumlah fasa 2 dah siap dan kebanyakkan rumah di Fasa 2 tersebut belum lagi berpenghuni. Risau mereka jadikan port maksiat pulak.Mohon AJK surau membuat rondaan di kawasan berdekatan kolam (berdekatan simpang masuk, menghadap deretan kedai depan taman). Selalu ternampak diorang jam 8 malam dan ke atas.

Redhuan berkata...

Terima kasih atas maklumat tersebut. Pihak surau akan mengambil tindakan sewajarnya. InsyaAllah.

Al-Teminie berkata...

Aslmkm,
Perkara ini semakin serius dgn adanya pelajar2 kolej yang menginap di taman kita. InsyaAllah dalam masa terdekat kita akan adakan mesyuarat bagi membincangkan isu ini bersama KRT. Adalah wajar kita tubuhkan skuad anti maksiat sebagai langkah mencegah berlakunya kemungkaran di taman kita.

Redhuan berkata...

Setuju sangat Ustaz.Tetapi kalau nak kaitkan pelajar kolej sahaja mungkin ada yang marah.