Jumaat, 22 Mei 2009

Menuntut Keprihatinan Semua

Malam tadi semasa kenduri doa selamat di Pasti Al-Hikmah, semasa berbual-bual ramai yang mengadu sakit mata melihat keletah anak-anak muda di Taman Indera Sempurna yang berani berdua-duaan di waktu malam di taman-taman bunga. Nampaknya semenjak tiadanya rondaan SRS makin berani remaja-remaja lelaki perempuan melakukan perkara haram. Mungkin juga dengan adanya pelajar-pelajar sebuah kolej yang menyewa di taman ini menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal. InsyaAllah dalam mesyuarat surau akan datang kita akan menubuhkan Skuad Cegah Maksiat bagi membendung masalah ini. Diharap para penduduk yang prihatin dapat bersama-sama kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar ini. (Sesiapa yang baca harap komen/beri cadangan).

5 ulasan:

izhar berkata...

Salam.. saya setuju sangat la kalau nak atasi maksiat muda mudi nih. memang kalau tak de tindakan ni, remaja akan bertambah ego. lagi pun, remaja ni kebanyakan masih bersekolah.jadi eloklah ditarbiyah ibu bapa nya dahulu supaya menyuruh anak2 mereka menjaga kelakuan. ini salah satu cara walaupun tak menyeluruh.cara kedua, eloklah kita meletakkan banner yang boleh menakut-nakutkan remaja ni. contoh: "tangkapan akan dibuat ke atas remaja yang berdua-duaan". yang ketiga, eloklah adakan skuad mencegah nih yang mempunyai pakaian yang seragam.Yang ke-empatnya, remaja indera sempurna, tak tahu apa yang patut dilakukan untuk memenuhi masa terluang. elok ajk riadah atau sukan, mengadakan aktiviti yang sesuai untuk remaja.Adakan pertandingan acara sukan sebab kita tahu remaja ni aktif dalam apa apa bidang.Dalam masa aktiviti ni la, boleh utk mendekati ramaja.
Sekian pandangan saya. wallahualam

Redhuan berkata...

Semalam, ketika minum bersama Tn. Hj. Nordin dan Ustaz Joha di Kafe D'Chef, Terlihat gelagat remaja lelaki dan perempuan memasuki restoran, ada yang melepak di luar, ada yang menaiki motosikal lelaki dan perempuan.

Kemudian saya bersama Tn. Hj. Nordin membuat rondaan di sekitar perumahan, ada juga yang melepak dan ada yang seakan sedang belajar berkumpulan.

Penubuhan kumpulan pencegah maksiat memang perlu sebelum keadaan menjadi semakin buruk.

Cadangan daripada En. Izhar juga boleh dipraktikkan. Mungkin boleh diadakan Forum Perdana Tentang "Maksiat di kalangan remaja", Ahli panel terdiri daripada Ustaz, Guru Disiplin dan Pakar Motivasi jemput Ibu Bapa

Al-Teminie berkata...

Syukran atas cadangan, InsyaAllah hari Khamis malam Jumaat kita adakan mesyuarat bincang hal ini. Duan boleh tolong tuliskan iklan di Surau tak? Kita maklumkan kepada semua Ajk untuk meeting selepas Solat Isyak.

rie berkata...

salam,,,
msalah muda mudi bg saya mmg terlalu ketara,,, apa yg saya lihat sendiri di tmn permainan fasa 2 behampiran fasa 1 menjd tempat remaja sekolah menhisap rokok dan berdua dua an.
1-Saya juga bersetuju dgn pendapat semua

Tanpa Nama berkata...

Masalah bagi kebanyakan kita yang kononnya sudah berkehidupan moden ialah 'Jaga tepi kain sendiri dan jangan jaga tepi kain orang lain'. Sindrom ini di tambah pula dengan perasaan takut. Takut kalau-kalau remaja yang kita tegur akan membalas dendam.Saya pernah menghalau beberapa orang remaja lelaki dan perempuan ditepi tasik Fasa 11. Perasaan marah membuak2 melihat gelagat remaja yang langsung tak mengindahkan orang keliling. (mana agaknya mak bapak budak-budak ni?).Pedulikan nak balas dendam ke apa.
Saya seronok melihat penguatkuasaan di Taman tasik Shah Alam ketika saya tinggal di sana dulu.Setiap minit akan ada rondaan oleh Majlis Bandaran yang akan menyaman dan menghalau pasangan-pasangan remaja yang berada di sekitar tasik tersebut. Sekiranya ada Anggota RELA di Taman ini, saya cadangkan mereka ini memakai seragam RELA (nampak kemas dan Tegas) dan membuat rondaan secara kumpulan. Remaja tersebut akan lebih gentar jika diberi amaran. Saya perhatikan remaja yang berkumpul itu setiap hari adalah remaja yang sama. Letakkan juga papan tanda amaran dipondok2 rekreasi yang memberi amaran kepada remaja-remaja tersebut.