Khamis, 25 Jun 2009

Iktibar Tragedi Rogol di Indera Sempurna


Tragedi seorang gadis yang berusia 19 tahun dikurung selama 15 hari dan dirogol oleh 7 lelaki sewajarnya menjadi pengajaran buat ibubapa. Meskipun ia suatu yang pahit dilalui oleh seorang gadis namun ada beberapa persoalan yang timbul di benak kita. Seperti, mengapa begitu mudah gadis tersebut mengikut jantan yang tidak dikenali di malam hari?. Mengapa pula ada sumber yang mengatakan bahawa gadis berkenaan turut dirogol oleh teman lelakinya? Bagaimana ia boleh terkurung begitu lama sedangkan rumah teres tempat ia dikurung dikelilingi oleh penghuni berkeluarga yang tidak syak atau dengar apa-apa berlaku? Semua persoalan2 ini menimbulkan tanda tanya kepada kita.
Namun bukanlah hendak menfitnah dan memburukkan sesiapa, tetapi apa yang berlaku di Indera Sempurna ini sebenarnya ialah gambaran betapa kecelaruan identiti melanda masyarakat kita dan natijahnya berlakulah seperti apa yang berlaku tempoh hari. Cuba jengok di luar rumah sana, di lorong-lorong, di taman-taman dan di atas jalanraya. Gaya hidup sudah berubah. Anak-anak gadis lebih cenderung berpakaian mendedahkan aurat tanpa rasa takut pada dosa dan azab Allah. Malah sudah ada yang berani berpakaian seluar pendek yang lagaknya seperti orang bukan Islam sambil merayau tanpa tujuan. Yang lebih menghairankan ialah sikap ibubapa yang tidak lansung ambil kisah tentang anak-anak mereka khususnya yang perempuan. Biasanya sebelah petang ramai sungguh anak2 perempuan bermotosikal ke hulu ke hilir tanpa tujuan dan ada juga yang sudah lali membonceng motor budak-budak lelaki yang datang dari luar Indera Sempurna. Kini sudah dikenalpasti beberapa orang budak perempuan yang seringkali dibawa oleh lelaki dengan motorsikal entah ke mana perginya. Ini ditambah pula dengan tingkahlaku pelajar-pelajar kolej yang sering berdating di malam hari.
Suasana ini amat merisaukan kita kerana jika maksiat seperti khalwat dan zina ini berleluasa di taman Indera Sempurna, mungkin satu hari nanti akan turun bala dari Allah. Ini belum lagi dengan golongan yang tidak solat Jumaat, tidak berpuasa dan bermain judi seperti loteri dan lain-lain yang makin menular. Mungkin disebabkan mereka ini tidak terlintas untuk ke Surau oleh itu segala yang berkaitan dengan halal dan haram dilanggar begitu sahaja.

10 ulasan:

honey berkata...

Zaman skrng zamn yg senang,,, jd bender2 mcm nih snang nk dpt, tmbahn pula klu kurang pegangan agma inilah natijahnya.... Pelik jgak bler pk kan trajedi mcm nih. Br knl 2 3 jam dh leh ikut jntan tu blk.xpsl2 kne knduri,,nsb xjmput 1 tmn ni,,huhuhu..
Mcm maner pula dgn jiran2 takkan x dgr jeritan dr pmpuan tu kalu kne kurung ( rela kot )
Renung renungkan,,,,,

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi,ibu bapa sendiri yg merelakan anak2 mereka berkelakuan seperti sundal.Ada plak ibubapa takut pada anak2.Kita hanya mampu melihat sahaja........kalau kita tegur mereka,nanti mak bapak mereka cari kita semula......

Unknown berkata...

Huhu...tidak disangka di taman yang indah permai ini ada juga kes seperti ini. Iye, kadang-kadang pelik juga tgk ibubapa yang selamba je membiarkan anak mereka berpakaian macam tak cukup kain. Besarnya dugaan zaman ini, risau pula ape akan jadi dangan anak-anak saya kelak...

Tanpa Nama berkata...

macam mana lah tak terjadi rogol, kalau orang yang mengaku menjaga keamanan Taman Indera Sempuran Mengusung perempuan naik ke hotel.Tidak terlepas pandang juga ada yang mengaku terlibat dalam menjaga keamanan Taman Indera Sempurna menghubungi pagi-pagi buta penghuni rumah wanita bujang di taman ini untuk membekalkan mereka wanita untuk memuaskan nafsu mereka ini....fikir-fikirkan wahai penduduk Taman Indera Sempurna yang kebanyakan beragama Islam....

Tanpa Nama berkata...

TAK FAHAM APA TUGAS SEBENAR KRT KAT INDERA SEMPURNA....mgkn ada yang betul2 manjalankan tugas tapi ada yang mengambil kesempatan.kesian yang betul2 menjalankan tugas terkena getah juga...alasan menjaga keamanan dan mengawal aktiviti haram serta maksiat di salah gunakan untuk memceroboh rumah anak2 dara...ada yang lebih berani mengaku anggota polis untuk mengeledah rumah waktu 2-3 pagi...bila diminta ke balai polis habis lesap hilangkan diri...anggota KRT yang menjerit melolong menyatakan hasrat untuk membenteras maksiat,kerap kali mengusung anak dara orang kehulu kehilir, malah ke hotel...wajar atau tidak?fikirkan lah...mungkin pemilihan anggota KRT perlu diteliti dari pelbagai segi aspek..moga taman ini lebih sempurna seperti namanya....

Tanpa Nama berkata...

Saya merupakan penghuni baru di Taman ini tinggal di fasa 2. Agak terkejut juga membaca berita kejadian rogol & komen pembaca mengenai tingkah laku KRT...wah begitu kronik juga masalah sosial di sini kalau benarlah apa yg di dakwa. Salah satu sebab saya memilih taman ini berdasarkan anggapan bahawa yang tinggal semua orang melayu beragama islam yang sudah tentulah akan mnjunjung nilai2 agama yang tinggi. Ini supaya anak saya dapat membesar dengan persekitaran yg sihat. Kalau beginilah budaya sosial di sini..tinggal di IM lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..sy adalah penghuni baru di taman ini,sy tinggal di lorong 97..terkejut dengan kejadian sebegini berlaku di sini...satu lagi sy juga rasa kurang selesa dengan kewujudan budak2 motor yg selalu melakukan aksi di sekitar taman ni..kebanyakkan budak2 belasan umur ini begitu berani merokok di lorong2 yg tak berpenghuni lagi...

Tanpa Nama berkata...

Bersama-sama laksanakan amar makruf nahi mungkar

wan saiful berkata...

Salamun Alaik :maaf mencelah disamping kesibukan membicarakan kes kejadian umat sekarang ini saya ada sedikit tawaran iaitu:

saya ingin menjual rumah


Address: No 17 lrg IS/26
Location: Pahang - Kuantan
Price: RM 140k ( boleh bincang)
Type: Houses, For sale
Area: Kuantan


salam semua,disini saya ingin menjual sebuah rumah di :-

no.17 lorong I/s 26,perkampungan indera sempurna, kuantan pahang.

> lokasi yang strategik ke Pekan/bandar Kuantan/Gambang
> 15 minit ke bandar kuantan
> 25 minit ke Pekan
> berhampiran PENJARA Penor
> berhampiran sekolah Menengah / Kipsas
> Kawasan bebas banjir
> Tepi jalan utama (high way) kuantan-pekan
> ke Gambang Water Park 25minit
> Rumah di sewa dengan harga rm400 sebulan
(penyewa sedia ada)
> Aset yang menguntungkan
> Dijual dengan harga 140k ( boleh bincang harga bagi pembeli yang benar benar berminat )

Harga boleh dirunding.

Untuk keterangan lanjut call/sms 013-9057092/013-2002438 Wan Saiful (tuan rumah)

Bagi pemberi maklumat anda ada hadiah Istimewa untuk anda.

Wasalamualaikum WarahmatULLAHi Wabarakahtuh

ZamsXe berkata...

Budak perempuan lepak dgn lelaki di lorong is 56..tiap2 mlm ada..mcm mna sy nk buat aduan kat krt indera sempurna ke direct JAIP