Isnin, 28 Disember 2009

AJK Surau Ziarah Sahabat Kemalangan



Setelah mendapat berita bahawa sahabat surau iaitu En. Husin JPJ mengalami kemalangan jalan raya, Ustaz Zuridan bersama dengan Ustaz Yazid dan Tn. Hj.Nordin telah meluangkan masa menziarahi bagi melihat keadaan beliau.

Kemalangaan yang berlaku 2 minggu lepas telah mengakibatkan tulang belakangnya retak dan ketika diziarahi beliau menggunakan alat sokongan badan. Oleh itu, sahabat surau yang mempunyai kelapangan bolehlah menziarahi beliau bagi menghidupkan amalan ziarah. marilah kita bersama-sama berdoa agar beliau segera sembuh dan dapat berjemaah di surau dan menjalankan kerja beliau seperti biasa.

Sebenarnya amalan ziarah ini bukanlah hanya ketika sakit sahaja bahkan melengkapi semua keadaaan samada sihat ataupun berdukacita, sahabat handai, saudara mara, kaum keluarga, yang lebih muda, lebih-lebih lagi yang tua, bujang ataupun sudah berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempatmu di dalam syurga" (diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a)

Ketika berziarah kita hendaklah memelihara diri dan menjaga adab-adab ziarah antaranya:

1) Jangan duduk terlalu lama kerana boleh menyebabkan jemu kepada si pesakit
2) Zahirkan simpati seolah-olah kita juga merasa sebagaimana ia merasakannya
3) Doakan untuknya seperti dikatakan "Ya Allah, sihatkanlah sahabatku"
4) Nasihatkan supaya bersabar kerana sakit itu mendapat pahala
5) Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepada si pesakit

*Petikan daripada buku "indahnya hidup bersyariat"

Tiada ulasan: