Isnin, 8 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana pihak Surau Fatimah Az-Zahra dengan kerjasama KRT Indera Sempurna telah dapat menjayakan sambutan Maulidur Rasul 1431 H. Program ini diadakan pada 6 Mac 2010 dan dimulakan seawal jam 7.30pagi dengan perarakan oleh penduduk dan pelajar-pelajar KAFA, PASTI, Tadika Abim, KEMAS dan pelajar Silat. Perarakan ini buat pertama kalinya diiringi kumpulan kompang Az-Zahra yang membuat penampilan sulung mereka.

Pada sebelah malam diadakan forum dan persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang. Aturcara disebelah malam terganggu kerana berlakunya 'blackout' dari waktu Asar sehingga ke jam 12.30 malam. Ramai penduduk yang terkilan kerana TNB sangat lambat bertindak dan memakan masa yang agak lama.
Pihak surau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program kali ini.




























































Tiada ulasan: