Jumaat, 6 Januari 2012

Sambutan Tahun Baru 2012

Tanggal 01hb Januari 2012 bersamaan 7 Safar 1433H, bermulalah lembaran baru bagi sejarah Surau Fatimah Az-Zahra bagi melaksanakan aktiviti pertama sempena menyambut Tahun Baru 2012 Masehi, iaitu dimulakan dengan acara Iktikaf dan Qiamullail dan diikuti dengan solat-solat Sunat Tahajjud, Taubat, Tasbih dan Witir yang diimamkan oleh Ustaz Aziz (imam jemputan dari Mekah). Kuliah Subuh juga diadakan selepas saja selesai solat fardhu berjemaah dan ceramah juga disampaikan oleh Ustaz Aziz. Acara seterusnya diteruskan sempena tahun baru juga dengan aktiviti Gotong-royong Perdana Surau pada jam 8 pagi dan sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran para jemaah dan para kariah yang ramai sudi berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran surau sebelum sesi persekolahan KAFA dilaksanakan di surau. Pengerusi serta semua AJK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan program tersebut dan jamuan juga telah disediakan oleh pihak AJK surau. Majlis bersurai lebih kurang jam 1030 pagi.

Tiada ulasan: