Khamis, 11 Julai 2013

Kempen Derma 1 Hari 1 Ringgit

Semperna bulan Ramadhan ini, Pihak Jawatankuasa Surau telah melancarkan Kempen Derma 1 Hari 1 Ringgit untuk menampung kos program dan projek pembangunan surau yang akan datang. Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Surau, Ustaz Hafizi Al-Hafiz ketika Tazkirah Ramadhan pada malam ke-2. Ustaz Hafizi melahirkan rasa terharu terhadap sifat pemurah yang ada pada semua penduduk Indera Sempurna sehingga pihak surau dapat menjayakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan surau seperti yang ada sekarang. Pihak Jawatankuasa Surau amat mengalukan sumbangan derma dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan derma yang telah dan akan diberikan.


Tiada ulasan: