Isnin, 30 November 2009

Hari Raya Aidiladha 2009 - Perkarangan Surau Bermandi Darah



Sambutan Hari Raya Aidiladha Surau Fatimah Az-Zahra dirai dengan penuh kemeriahan. Alhamdulillah, tahun ini sebanyak enam ekor lembu telah dikorbankan, 2 ekor daripadanya adalah sumbangan daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, seekor sumbangan daripada Dato’ Hj. Ali dan selebihnya adalah daripada peserta korban dengan 4 bahagian aqiqah.

Sambutan hari raya dimulakan dengan laungan takbir raya disusuli solat sunat aidiladha yang di imamkan oleh Ustaz Joha manakala khutbah dibacakan oleh Ustaz Zuridan. Kehadiran sebahagian besar penduduk telah memenuhkan setiap ruang sembahyang sehinggakan jemaah muslimat terpaksa dipindahkan ke bahagian belakang surau. Majlis sembelihan korban dimulakan pada jam 9:00 pagi.

Alhamdulillah, dengan kehadiran jemaah yang ramai dan susun atur perlaksanaan program yang berkesan, majlis sembelihan dan pengagihan daging korban telah berjaya diselesaikan sebelum jam 12:00 tengahari. Sekali gus melenyapkan kebimbangan terhadap kesuntukan masa kerana hari raya tahun ini jatuh pada hari jumaat.

Pihak Jawatankuasa Surau mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

"Semoga kita semua lebih dekat dengan Allah dan Ukhuwah sesama kita akan lebih erat"





Tiada ulasan: