Ahad, 15 November 2009

Majlis Ihtifal KAFA Kali Ke 2

Pada hari Ahad 15 Nov 2009 KAFA Fatimah Az-Zahra telah mengadakan majlis Ihtifal kali ke 2 yang bermula pada jam 9.00pagi di Surau Fatimah Az-Zahra. Majlis telah dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Pengerusi KRT Indera Sempurna iaitu En Awang bin Yasin yang menyampaikan hadiah dan memberikan ucapan perasmian penutup. Program ini diisi dengan aktiviti pertandingan azan, sajak, bercerita dan menghafal surah serta persembahan nasyid dan dikir barat. Majlis ini mendapat sambutan oleh ibubapa dan para pelajar yang datang memenuhi ruang solat surau. Pihak urusetia majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini .























































































































































































Tiada ulasan: