Ahad, 12 Ogos 2012

Pelajar KPM Kumpul Dana Bantuan Kepada Warga IS

      Bertempat di Surau Fatimah Az-Zahra , Satu Majlis Penyerahan Bantuan kepada Fakir Miskin telah diadakan dengan kerjasama pelajar-pelajar Kolej Profesional Mara (KPM). Rombongan pelajar-pelajar ini diiringi oleh wakil daripada KPM iaitu Ustaz Hafizi dan Ustazah Engku Rohana binti Engku Razali.

      Seramai 15 orang penerima telah menerima sumbangan ini yang telah disampaikan oleh wakil daripada pelajar KPM dan AJK Surau.  Difahamkan sumbangan ini adalah daripada hasil kutipan derma yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar KPM ini sepanjang bulan Ramadan.

      Menariknya program hari ini, pelajar-pelajar mengambil kesempatan beramah mesra dan memberikan tazkirah ringkas dengan semua penerima sumbangan.

     Pihak Surau mengucapkan terima kasih di atas usaha murni dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pelajar-pelajar KPM ini.
Ucapan daripada wakil pelajar KPM.
Sumbangan sedia diagihkan.
Ustaz Rosaidi menyampaikan sumbangan.

Dua pelajar KPM sedang beramah mesra dengan penerima sumbangan.

 Lagi gambar dalam Galeri....

Tiada ulasan: