Khamis, 16 Ogos 2012

Perutusan Akhir Ramadan Oleh Pengerusi Surau


  
   Selesai solat subuh pagi tadi, Ustaz Rosaidi telah menyampaikan tazkirah ringkas semperna penghujungnya Ramadan pada tahun ini dan kebanyakkan warga Indera Sempurna akan mula meninggalkan rumah masing-masing menuju ke kampung halaman.

       Di antara isi tazkirah beliau tadi adalah berpesan kepada jemaah supaya meneruskan ibadah pada malam-malam terakhir Ramadan dan malam raya sepertimana yang telah dilaksanakan pada malam-malam sebelum ini. Ambillah masa untuk melaksanakan ibadah qiamullail walaupum kita sibuk membuat persiapan hari raya.
     
       Juga disentuh berkenaan akhlak kita ketika menyambut hari raya, janganlah dalam bulan Ramadan kita menjadi seorang yang warak tetapi bila menyambut hari raya kita seolah-olah berpesta, tidak menghiraukan pergaulan sesama lelaki dan perempuan, sepupu sepapat, terlalu banyak makan dan minum.

       Di akhir tazkirah itu, para jemaah bersama bersalam-salaman dan ada juga yang berpelukan menandakan eratnya ukhuwah yang terbentuk di kalanngan jemaah di perkampungan ini.  
 
Jemaah bersalaman dan berpelukan
Haji Fauzi & Salleh serta Ustaz Rosaidi & Khairi



Tiada ulasan: