Ahad, 26 Julai 2009

Projek Bumi Hijau Indera Sempurna Ke Peringkat Kebangsaan

LORONG IS 18- Sebahagian penduduk Perkampungan Indera Sempurna di Lorong IS 18 telah berjaya mendapat Johan bagi Projek Bumi Hijau Peringkat Negeri anjuran Jabatan Pertanian Daerah Kuantan. Kini semua peserta sedang bertungkus lumus membuat persedian untuk pertandingan peringkat kebangsaan pula iaitu pada 29 Julai ini.

Penyelaras projek, En. Md. Amin Bin Sarju berkata, pada peringkat awalnya hanya beberapa penduduk di lorang ini yang mengambil bahagian. Walaubagaimanapun, apabila lawatan dibuat oleh Pegawai daripada Jabatan Pertanian dan pemerhatian terhadap hasil yang kreatif, beliau meminta supaya projek ini diperluaskan lagi.

Menurut En. Md. Amin, Perkampungan Indera Sempurna telah mendapat Johan bagi kategori komuniti seterusnya dipilih untuk ke peringkat kebangsaan. Menurut beliau lagi, tujuan utama ialah untuk memupuk semangat kejiranan antara penduduk, semangat berbudi kepada tanah dan juga mewujudkan satu aktiviti pertanian yang berfaedah. Pelbagai jenis tanaman dapat diperhatikan daripada jenis buah sehinggalah tanaman sayuran dan herba serta ternakan ikan dalam kolam. Semoga dengan usaha gigih semua peserta ini akan membuahkan hasil dengan mendapat johan pada peringkat kebangsaan nanti.

Walaupun artikel ini berbentuk komuniti, adalah wajar juga disiarkan dalam blog surau kerana Islam sendiri menganjurkan perlunya menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga. Disamping itu juga, kita perlulah bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita antaranya nikmat ilmu pertanian, ilmu mengenal tumbuhan, ilmu penanaman dan penjagaan pokok dan ternakan. Semoga dengan projek ini akan menjadi contoh kepada penduduk Indera sempurna seluruhnya.

Sambil-sambil bersembang dengan penyelaras projek, sempat jugalah mengajak peserta untuk datang ke Surau Fatimah Az-Zahra untuk solat berjemaah dan mendengar kuliah. InsyaAllah mudah-mudahan sama-sama mendapat hidayah daripada Allah dan perkampungan kita ini dilindungi daripada sebarang berkara yang tidak diingini.

JOM KE SURAU!!!
















*Klik pada gambar untuk besarkan.

3 ulasan:

Nur Azim Fahada Ahmad berkata...

Assalamualiakum.
Mabruk ana ucapkan kepada seluruh warga kampung Indera Sempurna atas kejayaan dan pembangunan insan yang telah dijalankan sama ada bersifat meterial (lahiriah) mahupun sahsiah. Tahniah ana ucapkan kepada pak cik ana Koperal MOhd amin Bin Sarju yang menjayakan agenda pembangunan pertanian yang suatu masa dahulu ana ingatkan hanya suatu angan-angan beliau kerana seringkali berkunjung ke rumah beliau. Membangun Bersama Islam.

Redhuan berkata...

Alhamdulillah...
Selalulah berkunjung ke blog surau ini....sebarkan kepada sanak saudara anta.
"Membangun Bersama Islam"

Tanpa Nama berkata...

Wa'alaikumsalam...