Ahad, 16 Ogos 2009

Ceramah Sempena Ramadan al-Mubarak





Alhamdulillah ceramah sempena sambutan Ramadan di Surau Fatimah Az-Zahra pada 14 ogos yang lalu berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Indera Sempurna. Penceramah jemputan Ustaz Syed Anis telah memberikan penjelasan mengenai persediaan menempuh bulan Ramadan. Beliau juga menyentuh tentang suasana umat Islam di dalam menyambut Ramadan al-Mubarak. Pihak Ajk surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas kesudian beliau menerima undangan dan juga kepada penduduk tempatan yang menghadiri ceramah pada malam tersebut. Semoga surau kita terus meriah dengan aktiviti keilmuan pada masa akan datang.

Tiada ulasan: