Ahad, 9 Ogos 2009

Mesyuarat Persiapan Menyambut Ramadan

Mesyuarat AJK Surau kali ke 7 telah diadakan pada hari ini selepas solat Maghrib, Alhamdulillah sebahagian besar AJK surau dapat hadir bagi membincangkan persiapan dan program-program yang akan dijalankan sepanjang bulan ramadan tahun ini. Antara persiapan dan program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

a) Memperluaskan ruang solat,
b) Mengecat bahagian dalaman surau,
c) Penyusunan jadual Imam dan Bilal untuk solat terawih,
d) Perancangan bagi Tadarus Al-Quran,
e) Penyusunan jadual bagi Kuliah Subuh mingguan,
f) Perancangan Bagi Majlis Berbuka Puasa Penduduk Pada 7 September 2009, dan
g) Perancangan Bacaan Tahlil Arwah (Allahyarham) selepas solat sunat witir.



Sepanjang bulan ramadan tahun ini, Solat sunat terawih akan dilaksanakan sebanyak 8 rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Tazkirah ringkas akan diberikan oleh Imam bertugas selepas rakaat ke 4 solat sunat terawih.

Sepanjang bulan ramadan ini juga, Semua kuliah maghrib ditangguhkan sementara waktu manakala bacaan hadis fadilat amal akan diteruskan selepas solat subuh.

Bagi bacaan tahlil arwah, pihak AJK Surau akan menyediakan satu borang khas bagi jemaah yang ingin berbuat demikian untuk arwah keluarga. Kutipan derma sepanjang bulan ramadan juga akan dijalankan bagi mengumpul dan menambah kewangan surau.

Disamping itu, Pihak AJK surau mengalu-alukan jemaah lelaki untuk berbuka puasa ringan di surau setiap hari (bawa makanan sendiri)untuk memastikan jemaah tidak terlepas untuk solat Maghrib berjemaah.

Satu perkara yang perlu juga diambil perhatian khususnya oleh golongan Bapa, diharapkan dapat mengawal anak-anak mereka supaya tidak membuat bising dan mengganggu jemaah lain. Sekiranya kawasan ruang solat terhad, Bapa seharusnya menasihatkan anak-anak supaya memberikan keutamaan kepada jemaah yang lebih dewasa. Kerjasama daripada Jemaah amatlah kami alukan.

Pihak AJK Surau dengan ini mengalu-alukan kedatangan tuan puan seluruh penduduk perkampungan Indera Sempurna ke Surau Fatimah Az-Zahra untuk bersama-sama meningkatkan amalan kita bermula daripada hari ini.

Datanglah beramai-ramai.

"SELAMAT DATANG RAMADAN"



Tiada ulasan: