Khamis, 27 Ogos 2009

Kadar Zakat Fitrah - RM 7.00

Semua orang Islam di Negeri Pahang dikehendaki menunaikan kewajipan zakat fitrah ini melalui amil-amil yang telah diberikan tauliah ditempat masing-masing bermula daripada awal Ramadhan dan selewat-lewatnya pada Hari Raya Aidilfitri sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri serta mengambil resit bayaran fitrah itu daripada amil berkenaan selepas bayaran dibuat.

Sesiapa yang tidak membayar zakat dan fitrah adalah melakukan kesalahan dibawah Syeksen171(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang No. 8 Tahun 1982(Pindaan 1987) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Seribu Ringgit atau Penjara tidak lebih dari Enam Bulan atau kedua-duanya sekali.

Manakala sesiapa yang membayar atau menerima zakat oleh orang yang tidak berkuasa adalah melakukan kesalahan dibawah Syeksen173 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang No. 8 Tahun 1982(Pindaan 1987) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Dua Ribu Ringgit atau Penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(Dipetik daripada laman web MUIP)

Tiada ulasan: