27 April 2009, 12:30pagi.
Berdasarkan maklumat penduduk, Seorang wanita (Janda anak seorang) berumur 31 tahun bersama seorang anggota tentera berumur 25 tahun telah berjaya ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam rumah. Berdasarkan maklumat, anggota tentera terbabit meletakkan keretanya di belakang rumah dan telah diperhatikan dalam keadaan mencurigakan sebelum masuk ke dalam rumah.
Sekumpulan penduduk diketuai oleh En. Mat telah menahan kedua-dua suspek dan menghubungi Ustaz Zuridan untuk tindakan lanjut. Hasil siasatan didapati wanita tersebut dipercayai tinggal bersama anaknya manakala anggota tentera tersebut datang daripada KEM Askar. Anggota tentera terbabit pernah diperhatikan datang ke rumah wanita tersebut sebelum ini. Kedua-dua suspek merayu dengan memberikan berbagai-bagai alasan supaya dilepaskan dan tidak dibawa ke jabatan agama.
Wanita tersebut yang bertugas di salah sebuah kolej di Kuantan telah diberi amaran dan nasihat oleh Ustaz Zuridan manakala anggota tentera terbabit diserahkan kepada pegawai atasannya untuk tindakan lanjut. Operasi ini juga disertai oleh AJK Surau yang lain iaitu Tn. Hj. Nordin dan En. Tajuddin.
Semoga usaha mencegah maksiat ini akan dapat diteruskan bagi memastikan Perkampungan Indera Sempurna bebas daripada maksiat.