Sabtu, 21 Januari 2012

Ceramah Agama Oleh Kiyai Dr. Hj. Marfin Kasduri

"Nak mengaku pengikut Nabi Muhammad SAW memang mudah...tapi apa buktinya... Apa syarat-syaratnya..."

"Tiada paksaan dalam Islam, tetapi apabila telah Islam, kenalah patuh dan tunduk kepada syariat Islam." Umpama nak naik bas, kita boleh pilih nak naik bas apa, tapi bila dan naik bas kena ikut la peraturan bas tersebut, pertama bayar tambang...."

Siapa yang ingin mendapatkan VCD Ceramah ini bolehlah sms saya di 012-9017272. Harga RM 5.00 Sahaja.










Khamis, 19 Januari 2012

Ceramah Bulanan - Ustaz Fathul Bari

Ceramah umum yang telah disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari menjelaskan tentang keadaan realiti masyarakat, perpecahan, perselisihan dan fitnah berlaku seolah manusia telah dirasuk oleh syaitan yang mana syaitan ini telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Menjelaskan bagaimana keadaan pada zaman Nabi SAW dan para sahabat dalam mencari penyelesaian di atas perselisihan atau kemasalahan. Jadi Bagaimana kaedah penyelesaiannya... diperincikan dalam ceramah beliau ini....







Rabu, 18 Januari 2012

Zakat Al-Khalitain


Kuliah Maghrib Mingguan oleh Ustaz Zuridan kali ini masih lagi membincangkan bab-bab berkaitan dengan Zakat.

Zakat Al-Khalitain ialah dua harta zakat yang telah bercampur dan dimiliki oleh dua orang dengan niat syarikat (berkongsi) atau seumpamanya.

Harta ini terbahagi kepada dua bahagian:
1) Khaltah 'lyan
2) Khaltah Mujawarah