Ahad, 15 Julai 2012

Travelog Misi Ramadan di Gaza

Jumaat, 6 Julai 2012

Dr. Syed Abdul Khaliq Bin Syed Abd Hamid, seorang pegawai perubatan di HUSM Kubang Kerian dan juga ahli badan bukan kerajaan PAPISMA telah diundang khas oleh pihak surau untuk menceritakan pengalaman beliau dalam misi Ramadan di Gaza pada tahun lalu.

"Serangan ke atas bumi Gaza yang hampir setiap hari, kematian yang semakin meningkat dan yang paling menyedihkan adalah kanak-kanak antara yang menjadi korban."

Perancangan terkini badan NGO ini adalah untuk membina sebuah Hospital Meterniti dan Pediatrik di Gaza sebagai usaha untuk membantu saudara seIslam yang sedang ditindas oleh pihak Yahudi Laknatullah.

Beliau menyeru semua umat Islam khasnya di Indera Sempurna supaya bersama-sama dapat membantu memberikan sumbangan untuk pembinaan hospital ini. sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank seperti berikut:

1) Tabung GAZA-MAPIM
     BIMB 07016010063825

2) Tabung GAZA RAKYAT MALAYSIA
     BIMB 03-102-01-000471-7