Khamis, 23 Disember 2010

Jom la ke Surau...


Assalamualaikum wrh. Kepada semua penduduk Indera Sempurna khususnya, kami menjemput tuan-tuan agar sama-sama hadir solat berjemaah di surau kita (Surau Fatimah Az-Zahra). Solat berjamaah sangat penting bagi kita umat Islam hingga Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna solat bagi mereka yang berjiran dengan masjid/surau melainkan di masjid". Malah Nabi SAW pernah mahu menyuruh para sahabatnya mengumpulkan kayu api untuk membakar rumah mereka yang tidak berjamaah di masjid tanpa sebarang keuzuran".

Antara kelebihan solat berjamaah di masjid@surau ialah dapat menghubungkan silaturrahim sesama Islam dan dapat meleraikan sebarang salah faham dan sengketa sesama muslim. Memandangkan penduduk di Indera Sempurna sudah ramai maka eloklah kita bersama-sama ke surau bagi mengeratkan persaudaraan kita dan dapat kita bekerjasama membangunkan taman kita ini. Di samping itu para jamaah yang ke surau akan dapat bersama-sama mengikuti pengajian ilmu Islam di surau yang diadakan setiap malam selepas solat Maghrib.

Jomlah kita ke surau!