Khamis, 25 Jun 2009

Iktibar Tragedi Rogol di Indera Sempurna


Tragedi seorang gadis yang berusia 19 tahun dikurung selama 15 hari dan dirogol oleh 7 lelaki sewajarnya menjadi pengajaran buat ibubapa. Meskipun ia suatu yang pahit dilalui oleh seorang gadis namun ada beberapa persoalan yang timbul di benak kita. Seperti, mengapa begitu mudah gadis tersebut mengikut jantan yang tidak dikenali di malam hari?. Mengapa pula ada sumber yang mengatakan bahawa gadis berkenaan turut dirogol oleh teman lelakinya? Bagaimana ia boleh terkurung begitu lama sedangkan rumah teres tempat ia dikurung dikelilingi oleh penghuni berkeluarga yang tidak syak atau dengar apa-apa berlaku? Semua persoalan2 ini menimbulkan tanda tanya kepada kita.
Namun bukanlah hendak menfitnah dan memburukkan sesiapa, tetapi apa yang berlaku di Indera Sempurna ini sebenarnya ialah gambaran betapa kecelaruan identiti melanda masyarakat kita dan natijahnya berlakulah seperti apa yang berlaku tempoh hari. Cuba jengok di luar rumah sana, di lorong-lorong, di taman-taman dan di atas jalanraya. Gaya hidup sudah berubah. Anak-anak gadis lebih cenderung berpakaian mendedahkan aurat tanpa rasa takut pada dosa dan azab Allah. Malah sudah ada yang berani berpakaian seluar pendek yang lagaknya seperti orang bukan Islam sambil merayau tanpa tujuan. Yang lebih menghairankan ialah sikap ibubapa yang tidak lansung ambil kisah tentang anak-anak mereka khususnya yang perempuan. Biasanya sebelah petang ramai sungguh anak2 perempuan bermotosikal ke hulu ke hilir tanpa tujuan dan ada juga yang sudah lali membonceng motor budak-budak lelaki yang datang dari luar Indera Sempurna. Kini sudah dikenalpasti beberapa orang budak perempuan yang seringkali dibawa oleh lelaki dengan motorsikal entah ke mana perginya. Ini ditambah pula dengan tingkahlaku pelajar-pelajar kolej yang sering berdating di malam hari.
Suasana ini amat merisaukan kita kerana jika maksiat seperti khalwat dan zina ini berleluasa di taman Indera Sempurna, mungkin satu hari nanti akan turun bala dari Allah. Ini belum lagi dengan golongan yang tidak solat Jumaat, tidak berpuasa dan bermain judi seperti loteri dan lain-lain yang makin menular. Mungkin disebabkan mereka ini tidak terlintas untuk ke Surau oleh itu segala yang berkaitan dengan halal dan haram dilanggar begitu sahaja.

Rabu, 17 Jun 2009

CERAMAH BULANAN



Tarikh : 20 Jun 2009 / Hari Sabtu.

Masa : Selepas Solat Maghrib.

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hilmi Mat Said
Pensyarah Universiti Malaysia Pahang.

Tajuk : "Memelihara Jatidiri Umat Islam".

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!

Sabtu, 6 Jun 2009

Iktibar Untuk Ibu Bapa




Dalam perjalanan ke Bandar Kuantan, tiba-tiba terlihat sekumpulan penduduk Indera Sempurna sedang berkumpul. Rupanya terdapat satu kemalangan di antara sebuah kereta dan sebuah motosikal. Sempatlah mengambil beberapa gambar untuk dimuatkan dalam blog ini.

Bukanlah tujuan catatan ini ditulis untuk menyatakan pihak mana yang salah atau cuai. Cuma untuk memberikan iktibar kepada Ibu Bapa di perkampungan ini supaya memerhatikan anak-anak mereka yang menunggang motosikal tanpa lesen dan juga tanpa memakai topi keledar. Sebelum ini pun, telah berlaku beberapa kemalangan di dalam kawasan perkampungan kita.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai anak-anak remaja yang menunggang motosikal bersiar-siar di sekitar perkampungan ini. Jika tidak berlaku apa-apa tiadalah menjadi masalah, tetapi bila berlaku kemalangan seperti ini..... siapa yang akan susah...

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...
Saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan artikel ini dan anda boleh berikan komen...