Isnin, 9 Ogos 2010

Sambutan Ramadhan 143H meriah

Alhamdulillah kerana Surau Fatimah Az-Zahra telah dapat menganjurkan porgram sambutan Ramadhan bagi tahun 1431 H pada 8 Ogos 2010 iaitu pada hari Ahad. Program ini dimulakan dengan gotong-royong membersih surau dan memasang khemah. Pada tahun ini jumlah kehadiran gotong-royong amat memberansangkan. Ini menjadikan kerja gotong-royong berjalan lancar. Di sebelah petang pula aktiviti memasak gulai kawah dijalankan dengan di kepalai oleh En Amran. Selepas solat Maghrib pula satu seminar Ramadhan telah diadakan dengan membariskan panel yang mantap iaitu Ustaz Sayuti, Ustaz Rosaidi dan Ustaz Yazid. Kesemua ahli panel menerangkan tentang sejarah dan definisi ibadah puasa, hikmah berpuasa serta bagaimana menghayati Ramadhan dengan begitu jelas dan ilmiah. Selepas solat Isyak para jamaah dijamu dengan makan nasi gulai kawah dan ikan masin yang begitu enak. Dengan berkat sokongan semua pihak program ini berjaya dilaksanakan sehingga selesai kira-kira pukul 12.00 malam.