Pada sebelah malam diadakan forum dan persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang. Aturcara disebelah malam terganggu kerana berlakunya 'blackout' dari waktu Asar sehingga ke jam 12.30 malam. Ramai penduduk yang terkilan kerana TNB sangat lambat bertindak dan memakan masa yang agak lama.
Pihak surau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program kali ini.