Khamis, 27 Ogos 2009

Wajah Baru Surau Fatimah Az-Zahra




Alhamdulillah,

Hasil daripada sumbangan besar beberapa individu di Perkampungan Indera Sempurna, maka surau kita telahpun berjaya diperbesarkan bagi menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat. Ruang dalaman juga telah mendapat sentuhan baru dengan warna yang ceria dan menenangkan.

Pihak AJK surau sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam tabung pembangunan surau dan kerja-kerja pembesaran surau.

Ruanga asal surau...


Pembesaran sebelah kiri...


Pembesaran sebelah kanan...


Pandangan daripada luar sebelah kiri...


Pandangan daripada luar sebelah kanan...


Tirai sementara... maaf kerana tak berapa molek... hanya sementara...

Kadar Zakat Fitrah - RM 7.00

Semua orang Islam di Negeri Pahang dikehendaki menunaikan kewajipan zakat fitrah ini melalui amil-amil yang telah diberikan tauliah ditempat masing-masing bermula daripada awal Ramadhan dan selewat-lewatnya pada Hari Raya Aidilfitri sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri serta mengambil resit bayaran fitrah itu daripada amil berkenaan selepas bayaran dibuat.

Sesiapa yang tidak membayar zakat dan fitrah adalah melakukan kesalahan dibawah Syeksen171(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang No. 8 Tahun 1982(Pindaan 1987) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Seribu Ringgit atau Penjara tidak lebih dari Enam Bulan atau kedua-duanya sekali.

Manakala sesiapa yang membayar atau menerima zakat oleh orang yang tidak berkuasa adalah melakukan kesalahan dibawah Syeksen173 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang No. 8 Tahun 1982(Pindaan 1987) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Dua Ribu Ringgit atau Penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(Dipetik daripada laman web MUIP)

Program Tadarus Al-Quran Muslimat Sepanjang Ramadan

Hari : Setiap Hari Sabtu dan Ahad
Masa : 9:00pagi - 11.00pagi
Semua muslimat Indera Sempurna dijemput hadir.


Alhamdulillah berkat usaha Ustazah Zahrah (Guru Besar Kafa), Hjh. Delima dan beberapa muslimat Indera Sempurna, kumpulan tadarus muslimat telah ditubuhkan dan bacaan tadarus telahpun dimulakan pada hari sabtu yang lalu.

Oleh itu, Pihak AJK surau mengalu-alukan kehadiran lebih ramai muslimat Indera Sempurna bagi memeriahkan lagi majlis ini.



Selasa, 18 Ogos 2009

Laporan Kewangan Bulan Jun-Ogos’ 2009

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya memohon maaf atas kelewatan menyediakan Laporan Kewangan Bagi Bulan Jun-Ogos. Berikut adalah ringkasan laporan:

Aliran Kewangan Peti Cash:

Ini adalah aliran kewangan peti cash, baki permulaan bermula pada 29/05/2009 , RM1,481.40 dan berakhir pada hari ini 17/08/2009 dengan nilai baki RM1,405.40. Akaun peti cash mengalami susutan pada bulan Julai, berikutan pihak surau menganjurkan Forum Al-Muqarrabin bersama penaja RTM Pahang. Jumlah perbelanjaan bagi menjayakan forum tersebut adalah RM1,053.20. Pihak surau juga menerima sumbangan daripada ahli kariah serta para jemaah surau bagi menjayakan forum tersebut. Sumbangan melalui tabung-tabung surau yang diletakkan dikedai-kedai juga telah diterima pada bulan Julai dan dimasukkan terus ke dalam akaun peti cash ini. Sila lihat jadual aliran tunai di bawah.

ALIRAN KEWANGAN TUNAI PETI CASH BULAN JUN/JULAI

Tarikh

Keterangan

Masuk

Keluar

Baki

29/05/2009

Baki Permulaan

RM1,481.40

RM1,481.40

01/06/2009

Air Tasnim 4 Botol

RM40.00

RM1,441.40

14/06/2009

Perbelanjaan Biro Hal Ehwal Muslimat (Hj. Nordin)

RM90.00

RM1,351.40

20/06/2009

Ceramah Bulanan - Ustaz Hilmi

RM70.00

RM1,281.40

Perbelanjaan Makan Penceramah

RM39.00

RM1,242.40

21/06/2009

4 Set Lampu Kalimantan Untuk Bilik Stor

RM56.00

RM1,186.40

41 Keping Floor Mate (Tandas Lelaki)

RM135.30

RM1,051.10

25/06/2009

Membaiki Saluran Sinki Tandas Lelaki

RM27.50

RM1,023.60

27/06/2009

Upah Bulanan Membersih Surau ( En. Tajuddin )

RM200.00

RM823.60

08/07/2009

Bayaran Iklan Majlis Forum Al-Muqarrabin

RM108.20

RM715.40

08/07/2009

Bayaran Meja Penceramah

RM196.60

RM518.80

09/07/2009

Derma Untuk Majlis Forum Al-Muqarrabin

RM200.00

RM718.80

10/07/2009

Belanja Set Pinggan Gelas Malis Muqarrabin

RM100.00

RM618.80

11/07/2009

Dari Tabung Derma

RM1,074.00

RM1,692.80

11/07/2009

Buku Resit 4 & Karbon

RM8.60

RM1,684.20

11/07/2009

Saguhati Penceramah

RM300.00

RM1,384.20

12/07/2009

Perbelanjaan Makan dan Minuman (Kedai Arif)

RM500.00

RM884.20

13/07/2009

Air Tasnim 3 Botol dan Satu Kotak 500ml Tasnim

RM45.00

RM839.20

24/07/2009

Bayar Bil Semasa Api dan Air

RM151.80

RM687.40

29/07/2009

Derma

RM125.00

RM812.40

29/07/2009

Upah Bulanan Membersih Surau ( En. Tajuddin )

RM200.00

RM612.40

JUMLAH

RM2,880.40

RM2,268.00

RM612.40

ALIRAN KEWANGAN TUNAI PETI CASH BULAN OGOS

Tarikh

Keterangan

Masuk

Keluar

Baki

01/08/2009

Baki Permulaan Ogos

RM612.40

RM612.40

01/08/2009

Derma Di Terima Daripada Haji Nordin

RM300.00

RM912.40

11/08/2009

Penyebaran Ar-Risalah

RM130.00

RM782.40

Derma Di Terima Daripada Lorong IS15 & Warga PDB Kuantan

RM821.00

RM1,603.40

11/08/2009

Derma Ridhuan

RM4.00

RM1,607.40

11/08/2009

Perbelanjaan Biro Hal Ehwal Muslimat

RM70.00

RM1,537.40

11/08/2009

Membeli Microphone Stand

RM55.00

RM1,482.40

13/08/2009

Flyer Ceramah Bulanan "Ramadhan"

RM20.00

RM1,462.40

14/08/2009

Ceramah Bulanan Ustaz Syed Anis

RM70.00

RM1,392.40

14/08/2009

Derma Tabung Bergerak

RM30.00

RM1,422.40

Jamuan Makan Penceramah

RM37.00

RM1,385.40

17/08/2009

Derma Diterima Daripada Encik Amran

RM20.00

RM1,405.40

JUMLAH

RM1,787.40

RM382.00

RM1,405.40


Aliran Kewangan Akaun Tabung Pembangunan:

Baki permulaan bagi Tabung Pembangunan pada 18/04/2009 RM895.00 dan berakhir hari ini RM1660.00 pada 17/08/2009. Peningkatan jumlah wang yang mendadak berlaku dalam bulan Ogos kerana pihak kami menerima banyak sumbangan dan derma ikhlas daripada ahli kariah serta jamaah surau bagi tujuan meningkatkan kemudahan dan infrastruktur surau bagi menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Allah Ta'ala memberkati kalian, harta-harta kalian serta keluarga kalian. Sila lihat jadual aliran tunai di bawah.


ALIRAN KEWANGAN TABUNG PEMBANGUNAN SURAU BULAN MEI-OGOS'2009

Tarikh

Keterangan

Masuk

Keluar

Baki

18/04/2009

Balance Forward Dari Tabung Tiles

RM895.00

RM895.00

18/04/2009

Bayaran Membaiki Pintu Sliding Surau

RM550.00

RM345.00

19/04/2009

Derma Dari Muhammad Ibrahim (15/22)

RM50.00

RM395.00

04/05/2009

Derma Diterima

RM20.00

RM415.00

27/07/2009

Derma Diterima

RM100.00

RM515.00

31/07/2009

Derma Diterima

RM50.00

RM565.00

01/08/2009

Derma Diterima

RM205.00

RM770.00

15/08/2009

Derma Diterima

RM20.00

RM790.00

16/08/2009

Derma Diterima

RM300.00

RM1,090.00

16/08/2009

Derma Diterima

RM20.00

RM1,110.00

17/08/2009

Derma Diterima

RM550.00

RM1,660.00

JUMLAH

RM2,210.00

RM550.00

RM1,660.00


Akaun Bank Islam

Berikut adalah aliran kewangan akaun Bank Islam, tidak aktif selama 4 bulan berturut-turut, ekoran segala wang keluar masuk berlaku secara tunai melalui peti cash dan tabung pembangunan.

ALIRAN KEWANGAN BANK ISLAM

Tarikh

Keterangan

Keluar

Masuk

Baki

Catatan

01/03/2009

Baki Permulaan

RM3,193.90

10/03/2009

Check Out Payment PA System

RM1,150.00

RM2,043.90

Bayaran Check Terus Kepada Vendor

24/03/2009

Belanjawan Maulid Rasul 2009

RM1,500.00

RM543.90

Dimasukkan Dalam Akaun Khas Maulidur Rasul 2009

24/04/2009

Bank Credit

RM0.25

RM544.15

30/04/2009

Bank Credit

RM0.07

RM544.22

30/05/2009

Bank Credit

RM0.07

RM544.29

30/06/2009

Bank Credit

RM0.07

RM544.36

30/07/2009

Bank Credit

RM0.07

RM544.43


JUMLAH KESELURUHAN ASSET TUNAI

Jumlah keseluruhan kewangan berakhir pada 17/08/2009 adalah RM3,609.83.

JUMLAH BAKI KEWANGAN KESELURUHANNYA BULAN MEI' 2009

BANK ISLAM

RM544.43

PETI CASH

RM1,405.40

TABUNG PEMBANGUNAN SURAU

RM1660.00

JUMLAH

RM3,609.83


Sekian sahaja Laporan Kewangan Jun-Ogos 2009. Kepada semua muslimin dan muslimat penduduk-penduduk Indera Sempurna dan ahli jemaah surau Fatimah Azzahra, kami daripada Biro Ekonomi surau mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan selama ini terutamanya dalam meningkatkan ekonomi Surau Fatimah Azzahra. Kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak, marilah kita beramai-ramai meningkatkan amalan ibadat di bulan Ramadhan nanti dengan mengikuti program-program yang diaturkan oleh pihak Surau Fatimah Azzahra. Insyallah !

Wassalamualaikum wbt.