Selasa, 18 Disember 2012

Kem Remaja Surau 2012

Tarikh : 15-16 Disember 2012
Tempat : Hutan Berkelah, Kuantan

Imam Muda Saifuddin -Mudahan remaja ni jadi perjuang Islam
Musa dan Adiknya turut menyumbang tenaga...
Pengarah Program, Ustaz Zuridan dan Kem Komanden, Kapten Ghazali
AJK-AJK Program
Allahuakbar....
Yg depan sekali khemah pengarah program... siap toto lagi...
Qiamulail...
Sejuk ooo.....
Zikir munajat bersama Imam Muda...
Laungan Azan Subuh oleh peserta...
Bacaan doa dan kuliah subuh oleh Tuan Guru...
Tukang masak sambilan.. En Wan Kastam
'Warm up' sebelum mendaki gunung berkelah....
Ustaz Sayuti....

Khamis, 13 September 2012

Majlis Perpisahan Imam Muda Arif

Satu majlis perpisahan telah diadakan malam tadi di surau bagi meraikan Imam Muda Arif. Beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai imam tetap di surau ini bagi melanjutkan pengajiannya ke Mesir.

Pihak AJK surau dan seluruh jemaah mengucapkan terima kasih diatas khidmat yang telah dicurahkan oleh beliau di Surau Fatimah Az-Zahra ini dan berharap beliau berjaya dalam pengajiannya kelak.

Tersipu Imam kita bila mendengar kutipan derma mencecah 30 ribu...
Imam Muda Arif menyampaikan ucapan akhirnya
Ustaz Zuridan menyampaikan cenderahati daripada Surau
Bersalaman bersama jemaah
Imam Muda menjadi contoh pada remaja lain



Ceramah Perdana

Khamis, 16 Ogos 2012

Jemaah Subuh 27 Ramadan


Bergambar bersama jemaah subuh

Takbir... Allahuakbar...


Perutusan Akhir Ramadan Oleh Pengerusi Surau


  
   Selesai solat subuh pagi tadi, Ustaz Rosaidi telah menyampaikan tazkirah ringkas semperna penghujungnya Ramadan pada tahun ini dan kebanyakkan warga Indera Sempurna akan mula meninggalkan rumah masing-masing menuju ke kampung halaman.

       Di antara isi tazkirah beliau tadi adalah berpesan kepada jemaah supaya meneruskan ibadah pada malam-malam terakhir Ramadan dan malam raya sepertimana yang telah dilaksanakan pada malam-malam sebelum ini. Ambillah masa untuk melaksanakan ibadah qiamullail walaupum kita sibuk membuat persiapan hari raya.
     
       Juga disentuh berkenaan akhlak kita ketika menyambut hari raya, janganlah dalam bulan Ramadan kita menjadi seorang yang warak tetapi bila menyambut hari raya kita seolah-olah berpesta, tidak menghiraukan pergaulan sesama lelaki dan perempuan, sepupu sepapat, terlalu banyak makan dan minum.

       Di akhir tazkirah itu, para jemaah bersama bersalam-salaman dan ada juga yang berpelukan menandakan eratnya ukhuwah yang terbentuk di kalanngan jemaah di perkampungan ini.  
 
Jemaah bersalaman dan berpelukan
Haji Fauzi & Salleh serta Ustaz Rosaidi & Khairi



Sahur Selepas Qiamullail




Ahad, 12 Ogos 2012

Pelajar KPM Kumpul Dana Bantuan Kepada Warga IS

      Bertempat di Surau Fatimah Az-Zahra , Satu Majlis Penyerahan Bantuan kepada Fakir Miskin telah diadakan dengan kerjasama pelajar-pelajar Kolej Profesional Mara (KPM). Rombongan pelajar-pelajar ini diiringi oleh wakil daripada KPM iaitu Ustaz Hafizi dan Ustazah Engku Rohana binti Engku Razali.

      Seramai 15 orang penerima telah menerima sumbangan ini yang telah disampaikan oleh wakil daripada pelajar KPM dan AJK Surau.  Difahamkan sumbangan ini adalah daripada hasil kutipan derma yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar KPM ini sepanjang bulan Ramadan.

      Menariknya program hari ini, pelajar-pelajar mengambil kesempatan beramah mesra dan memberikan tazkirah ringkas dengan semua penerima sumbangan.

     Pihak Surau mengucapkan terima kasih di atas usaha murni dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pelajar-pelajar KPM ini.
Ucapan daripada wakil pelajar KPM.
Sumbangan sedia diagihkan.
Ustaz Rosaidi menyampaikan sumbangan.

Dua pelajar KPM sedang beramah mesra dengan penerima sumbangan.

 Lagi gambar dalam Galeri....