Ahad, 23 Oktober 2011

Kisah Daripada Rasulullah

AHLI IBADAH DENGAN WANITA CANTIK


Daripada Ibnu Umar r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : Jauhilah diri daripada ibu segala maksiat iaitu arak, kerana ada seorang lelaki daripada kalangan umat sebelum kamu, seorang ahli ibadah yang hidupnya mengasingkan diri daripada manusia. Sesungguhnya ada seorang perempuan terpikat kepadanya . Lalu diutuskan khadam kepadanya, “Jemputlah lelaki itu menjadi saksi”.


Maka, lelaki itu datang. Tatkala dia memasuki rumahnya, pintu ditutup dan dia sampai kepada seorang wanita jelita yang sedang duduk. Di sampingnya ada seorang budak lelaki serta sebiji botol berisi arak. Lantas wanita itu berkata, “Sebenarnya kami menjemput engkau bukan untuk menjadi saksi, tetapi kami menjemput engkau untuk membunuh budak ini, atau engkau menyetubuhiku, atau engkau minim segelas arak. Sekiranya engkau enggan, aku akan menjerit dan memalukan engkau.”



Apabila dia merasakan dia terpaksa melakukan salah satu daripadanya, dia berkata, “Tuangkan aku segelas arak.” Wanita itu menuangkan arak seperti yang diminta. Kemudian, dia berkata lagi, “Tambahkan lagi.”Begitulah seterusnya sehingga akhirnya dia menyetubuhi wanita itu dan membunuh budak lelaki tersebut.


Justeru itu, jauhilah arak. Sesungguhnya, “Demi Allah,” tidak akan berhimpun sama sekali antara iman dan arak dalam dada seseorang. Hampir pasti salah satu daripadanya akan mengeluarkan kawannya (yang satu lagi).

Sunan an-Nasai’e :5572

Rabu, 19 Oktober 2011

JPN Jemput Kelab Kompang Buat Persembahan

Jabatan Perpaduan Negeri telah mengundang Kelab Kompang Az-Zahra bagi menyerikan lagi Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan KRT, SRS dan Tabika Perpaduan.




Selasa, 11 Oktober 2011

Mengingati Mati VS Kasih Akan Dunia

Dalam satu hadis yang bermaksud, “Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati MATI dan sentiasa bersedia menghadapinya.”
Firman Allah SWT dalam surah Al-Jumu’ah ayat 8,




“Katakanlah, maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan. “


Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.


Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmanNYa,
“Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.” (Surah Al-Hadid ayat 20)


Allah SWT telah menjelaskan dalam firmanNya yang lain, bahawa segala yang dijadikan di muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik dan buruknya amalan seseorang itu.


Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya dan mengenali rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia dan hikmah dunia ini sebagai tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat, pasti kecintaan yang melampau batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan terhapus.

Ahad, 9 Oktober 2011

Tadarus Al-Quran - Jom Ngaji Bersama...

Setiap Hari Ahad Selepas Subuh....



Jemputan Khas Kumpulan Marhaban



























Undangan Majlis Perkahwinan Anak Tok Penghulu Ihsan

Ketika sedang menunggu ketibaan pengantin, YB Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif,DIMP.SMP. yang turut hadir pada Majlis Perkahwinan Anak Tok Penghulu sempat beramah mesra dengan Ahli Kelab Kompang sambil memberikan nasihat berguna kepada remaja-remaja ahli kelab supaya mengutamakan pelajaran. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan amat terharu dengan kewujudan Pasukan Kompang di Perkampungan Indera Sempurna ini.

Bergambar bersama YB.Dato' Haji Shafik Fauzan




















Ahli-Ahli Remaja Kelab Kompang

Isnin, 3 Oktober 2011

Tabung Dana Pembangunan Fasa 2 Dilancar...

Alhamdulillah, dengan berjayanya rancangan pembangunan fasa 1, iaitu pembesaran ruang sembahyang bahagian kiri dan kanan surau. Kini, pelan rancangan pembangunan Fasa 2 telah dimulakan. Pembangunan kali ini akan meliputi pembesaran ruang belakang surau dan pembinaan tandas berasingan. Sehubungan dengan itu juga, Tabung Derma Pembangunan Fasa 2 dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2011 dengan sasaran kutipan sebanyak RM 100,000.00.


Pihak AJK Surau menggalu-alukan sumbangan daripada Tuan/Puan/Dato'/Datin/YB/YAB/YH dalam menjayakan rancangan pembangunan fasa 2 ini.



Pembangunan Fasa 1 yang telah siap...






Pembangunan Fasa 2 sedang berjalan...