Daripada Ibnu Umar r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : Jauhilah diri daripada ibu segala maksiat iaitu arak, kerana ada seorang lelaki daripada kalangan umat sebelum kamu, seorang ahli ibadah yang hidupnya mengasingkan diri daripada manusia. Sesungguhnya ada seorang perempuan terpikat kepadanya . Lalu diutuskan khadam kepadanya, “Jemputlah lelaki itu menjadi saksi”.
Maka, lelaki itu datang. Tatkala dia memasuki rumahnya, pintu ditutup dan dia sampai kepada seorang wanita jelita yang sedang duduk. Di sampingnya ada seorang budak lelaki serta sebiji botol berisi arak. Lantas wanita itu berkata, “Sebenarnya kami menjemput engkau bukan untuk menjadi saksi, tetapi kami menjemput engkau untuk membunuh budak ini, atau engkau menyetubuhiku, atau engkau minim segelas arak. Sekiranya engkau enggan, aku akan menjerit dan memalukan engkau.”
Apabila dia merasakan dia terpaksa melakukan salah satu daripadanya, dia berkata, “Tuangkan aku segelas arak.” Wanita itu menuangkan arak seperti yang diminta. Kemudian, dia berkata lagi, “Tambahkan lagi.”Begitulah seterusnya sehingga akhirnya dia menyetubuhi wanita itu dan membunuh budak lelaki tersebut.
Justeru itu, jauhilah arak. Sesungguhnya, “Demi Allah,” tidak akan berhimpun sama sekali antara iman dan arak dalam dada seseorang. Hampir pasti salah satu daripadanya akan mengeluarkan kawannya (yang satu lagi).
Sunan an-Nasai’e :5572
Sunan an-Nasai’e :5572
Tiada ulasan:
Catat Ulasan