Khamis, 11 Julai 2013

Kempen Derma 1 Hari 1 Ringgit

Semperna bulan Ramadhan ini, Pihak Jawatankuasa Surau telah melancarkan Kempen Derma 1 Hari 1 Ringgit untuk menampung kos program dan projek pembangunan surau yang akan datang. Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Surau, Ustaz Hafizi Al-Hafiz ketika Tazkirah Ramadhan pada malam ke-2. Ustaz Hafizi melahirkan rasa terharu terhadap sifat pemurah yang ada pada semua penduduk Indera Sempurna sehingga pihak surau dapat menjayakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan surau seperti yang ada sekarang. Pihak Jawatankuasa Surau amat mengalukan sumbangan derma dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan derma yang telah dan akan diberikan.


Rabu, 10 Julai 2013

Tadarus Al-Quran

Jom bertadarus... selepas solat Terawih....

Malam Pertama Solat Sunat Terawih Meriah

Ruang solat utama telah dipenuhi oleh jemaah.
Muslimat juga memenuhi setiap ruang yang ada.

Ruang solat bahagian kanan.
Ruang solat bahagian kiri.

Sabtu, 6 Julai 2013

Forum Ambang Ramadhan



Barisan ahli panel dengan Ustaz Khalim sebagai moderator.
Sebahagian daripada jemaah yang hadir.
Ustaz Hafizi menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Alias Mohamed Naim
juga kepda Ustaz Fauzi Yop


Jumaat, 5 Julai 2013

Program Ambang Ramadhan Hari Ke-2


Program Sambutan Ambang Ramadhan diteruskan lagi untuk hari ke-2 dengan persembahan Qasidah daripada Kumpulan Selawat KIPSAS. Alunan qasidah dan zikir-zikir indah ini dialunkan bersama-sama dengan jemaah yang hadir.

Ustaz Wan Musa sebagai Pengarah Program dan selaku pengacara majlis
Persembahan Qasidah Kumpulan Selawat KIPSAS
Para jemaah turut sama mengalunkan selawat Nabi s.a.w.
Para jemaah turut sama mengalunkan selawat Nabi s.a.w.

Khamis, 4 Julai 2013

Jadual Waktu Solat Sepanjang Bulan Ramadhan

Bacaan Yasin Bersama Pelajar Pondok An-Nur

Bacaan Yasin diketuai oleh pelajar-pelajar Pondok An-Nur
Sebahagian daripada jemaah
Tazkirah Ambang Ramadhan sedang disampaikan
Menunggu giliran....
Pelajar-pelajar Pondok An-Nur