Khamis, 23 Disember 2010

Jom la ke Surau...


Assalamualaikum wrh. Kepada semua penduduk Indera Sempurna khususnya, kami menjemput tuan-tuan agar sama-sama hadir solat berjemaah di surau kita (Surau Fatimah Az-Zahra). Solat berjamaah sangat penting bagi kita umat Islam hingga Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna solat bagi mereka yang berjiran dengan masjid/surau melainkan di masjid". Malah Nabi SAW pernah mahu menyuruh para sahabatnya mengumpulkan kayu api untuk membakar rumah mereka yang tidak berjamaah di masjid tanpa sebarang keuzuran".

Antara kelebihan solat berjamaah di masjid@surau ialah dapat menghubungkan silaturrahim sesama Islam dan dapat meleraikan sebarang salah faham dan sengketa sesama muslim. Memandangkan penduduk di Indera Sempurna sudah ramai maka eloklah kita bersama-sama ke surau bagi mengeratkan persaudaraan kita dan dapat kita bekerjasama membangunkan taman kita ini. Di samping itu para jamaah yang ke surau akan dapat bersama-sama mengikuti pengajian ilmu Islam di surau yang diadakan setiap malam selepas solat Maghrib.

Jomlah kita ke surau!

Isnin, 15 November 2010

Mesyuarat Penyelarasan Qurban 1413H

Mesyuarat penyelarasan Qurban 1413H telah berlansung malam semalam dipengerusikan oleh Ustaz Joha. Turut hadir pengerusi KRT Fasa 1, En.Awang, peserta-peserta Qurban/Aqiqah dan jemaah surau.

Semoga perjalanan majlis qurban pada tahun ini akan berjalan lancar seperti tahun-tahun lalu.







Ahad, 14 November 2010

AJK Surau Pilih Lembu Untuk Qurban 2010

Sepertimana tahun lepas, AJK Surau terdiri daripada Ustaz Joha, Ustaz Yazid dan Hj. Nordin telah berkunjung ke Kg. Sungai Ling bagi memilih lembu untuk Qurban 2010.







Ahad, 26 September 2010

Kutipan Tabung Ramadhan

السلام عليكم

Berikut adalah jumlah kutipan derma Ramadhan.

Keterangan

Masuk

Keluar

Baki

Derma 29 Sya'ban – 13 Ramadhan

RM3,382.85

 

RM3,382.85

Makan Minum Penceramah Imam Muda

 

RM98.00

RM3,284.85

Perbelanjaan Muslimat

 

RM100.00

RM3,184.85

Saguhati Penceramah Ustaz Asmawi

 

RM150.00

RM3,034.85

Saguhati Penceramah Indonesia

 

RM100.00

RM2,934.85

Derma 14 Ramadhan – 19 Ramadhan

RM1,068.00

 

RM4,002.85

Derma 20 Ramadhan

RM246.00

 

RM4,248.85

Derma 21 Ramadhan

RM696.00

 

RM4,944.85

Derma 22 Ramadhan

RM346.00

 

RM5,290.85

Upah Bulanan Kebersihan Surau (En. Tajuddin)

 

RM200.00

RM5,090.85

Derma 23 Ramadhan

RM271.00

 

RM5,361.85

Derma 24 Ramadhan

RM593.00

 

RM5,954.85

Upah Memasang Khemah

 

RM50.00

RM5,904.85

Derma 25 Ramadhan

RM407.00

 

RM6,311.85

Saguhati Imam Muda Azhar

 

RM200.00

RM6,111.85

Sewa Khemah Ustaz Sukardi

 

RM500.00

RM5,611.85

Cenderahati Dato' Fatmi

 

RM40.00

RM5,669.85

Derma 26 Ramadhan

RM390.00

 

RM6,059.85

Derma 27 Ramadhan

RM222.00

 

RM6,281.85

Bank In (Bank Islam)

 

RM4,756.00

RM1,525.85

Derma 28 Ramadhan

RM250.00

 

RM1,775.85

Derma 29 Ramadhan

RM265.00

 

RM2,040.85

Caj Sambungan Elektrik (TNB)

 

RM1,250.00

RM790.85

    

JUMLAH

RM8,136.85

RM7,346.00

RM790.85


 

Keterangan:

Kiraan jadual di atas adalah khusus bagi kutipan derma bulan Ramadhan pada sessi tazkirah solat sunat tarawih. Jumlah kutipan meningkat sekali ganda berbanding Ramadhan tahun lepas berikutan faktor pertambahan penduduk Indera Sempurna. Sebanyak RM4,756.00 telah dimasukkan ke dalam akaun Surau Fatimah Az-Zahra pada 7/9/2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431 H. Sebanyak RM1,250.00 telah digunakan buat membayar caj TNB bagi tujuan menaiktaraf bekalan elektrik dari 1 phase ke 3 phase. Jumlah tunai berbaki RM790.85.

Ahad, 19 September 2010

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Semua Ajk Surau mengucapkan Eid Mubarak, Taqabbalallhu Minna Waminkum kepada semua jamaah surau dan para pengunjung blog ini.

Sabtu, 4 September 2010

Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan

Tarikh : 4 September 2010 (25 Ramadan 1431H)
Disempurnakan Oleh YBhg Datuk Hj. Fatmi Bin Hj. Che Salleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia.

Isnin, 9 Ogos 2010

Sambutan Ramadhan 143H meriah

Alhamdulillah kerana Surau Fatimah Az-Zahra telah dapat menganjurkan porgram sambutan Ramadhan bagi tahun 1431 H pada 8 Ogos 2010 iaitu pada hari Ahad. Program ini dimulakan dengan gotong-royong membersih surau dan memasang khemah. Pada tahun ini jumlah kehadiran gotong-royong amat memberansangkan. Ini menjadikan kerja gotong-royong berjalan lancar. Di sebelah petang pula aktiviti memasak gulai kawah dijalankan dengan di kepalai oleh En Amran. Selepas solat Maghrib pula satu seminar Ramadhan telah diadakan dengan membariskan panel yang mantap iaitu Ustaz Sayuti, Ustaz Rosaidi dan Ustaz Yazid. Kesemua ahli panel menerangkan tentang sejarah dan definisi ibadah puasa, hikmah berpuasa serta bagaimana menghayati Ramadhan dengan begitu jelas dan ilmiah. Selepas solat Isyak para jamaah dijamu dengan makan nasi gulai kawah dan ikan masin yang begitu enak. Dengan berkat sokongan semua pihak program ini berjaya dilaksanakan sehingga selesai kira-kira pukul 12.00 malam.