Khamis, 11 Julai 2013

Kempen Derma 1 Hari 1 Ringgit

Semperna bulan Ramadhan ini, Pihak Jawatankuasa Surau telah melancarkan Kempen Derma 1 Hari 1 Ringgit untuk menampung kos program dan projek pembangunan surau yang akan datang. Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Surau, Ustaz Hafizi Al-Hafiz ketika Tazkirah Ramadhan pada malam ke-2. Ustaz Hafizi melahirkan rasa terharu terhadap sifat pemurah yang ada pada semua penduduk Indera Sempurna sehingga pihak surau dapat menjayakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan surau seperti yang ada sekarang. Pihak Jawatankuasa Surau amat mengalukan sumbangan derma dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan derma yang telah dan akan diberikan.


Rabu, 10 Julai 2013

Tadarus Al-Quran

Jom bertadarus... selepas solat Terawih....

Malam Pertama Solat Sunat Terawih Meriah

Ruang solat utama telah dipenuhi oleh jemaah.
Muslimat juga memenuhi setiap ruang yang ada.

Ruang solat bahagian kanan.
Ruang solat bahagian kiri.

Sabtu, 6 Julai 2013

Forum Ambang Ramadhan



Barisan ahli panel dengan Ustaz Khalim sebagai moderator.
Sebahagian daripada jemaah yang hadir.
Ustaz Hafizi menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Alias Mohamed Naim
juga kepda Ustaz Fauzi Yop


Jumaat, 5 Julai 2013

Program Ambang Ramadhan Hari Ke-2


Program Sambutan Ambang Ramadhan diteruskan lagi untuk hari ke-2 dengan persembahan Qasidah daripada Kumpulan Selawat KIPSAS. Alunan qasidah dan zikir-zikir indah ini dialunkan bersama-sama dengan jemaah yang hadir.

Ustaz Wan Musa sebagai Pengarah Program dan selaku pengacara majlis
Persembahan Qasidah Kumpulan Selawat KIPSAS
Para jemaah turut sama mengalunkan selawat Nabi s.a.w.
Para jemaah turut sama mengalunkan selawat Nabi s.a.w.

Khamis, 4 Julai 2013

Jadual Waktu Solat Sepanjang Bulan Ramadhan

Bacaan Yasin Bersama Pelajar Pondok An-Nur

Bacaan Yasin diketuai oleh pelajar-pelajar Pondok An-Nur
Sebahagian daripada jemaah
Tazkirah Ambang Ramadhan sedang disampaikan
Menunggu giliran....
Pelajar-pelajar Pondok An-Nur

Sabtu, 29 Jun 2013

Program Ta'aruf Ahli Kelab Kompang Az-Zahra

Ustaz Aziz sedang menyampaikan ceramahnya bertajuk "Akhlak Muslim"
Bacaan Al-Quran

Riadah bersama En. Rani
Push up....
"Ni dia had basuh kaki..." Ustaz Halimi
Praktikal...
Giliran Ustaz Sayuti pula menyampaikan ceramah berkenaan cara solat.
Praktikal...

Sabtu, 23 Mac 2013

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada 23 Mac 2013, satu kursus pengurusan jenazah telah diadakan di Surau Fatimah Az-Zahra bermula pada 2.30 ptg sehingga 4.30 ptg. Kursus anjuran Badan Kahirat Kematian Indera Sempurna ini telah berjaya menarik minat seramai 41 orang peserta bagi mempelajari ilmu pengurusan jenazah.

Fokus utama kursus pengurusan jenazah kali ini adalah mempelajari kedah memandi dan mengafankan jenazah termasuk kaedah mengurus jenazah yang berpenyakit seperti HIV.

Peserta bergambar bersama penceramah, En. Zabri
En. Wan Musa selaku pengerusi majlis memperkenalkan penceramah, En Zabri 
Persediaan kain kafan
Persediaan kain kafan

Persediaan kelengkapan sebelum memandikan jenazah
 
Memandikan jenazah


Kaedah memandikan jenazah yang mengidap HIV