Firman Allah SWT dalam surah Al-Jumu’ah ayat 8,
Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmanNYa,
“Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.” (Surah Al-Hadid ayat 20)
Allah SWT telah menjelaskan dalam firmanNya yang lain, bahawa segala yang dijadikan di muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik dan buruknya amalan seseorang itu.
Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya dan mengenali rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia dan hikmah dunia ini sebagai tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat, pasti kecintaan yang melampau batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan terhapus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan