
Tragedi seorang gadis yang berusia 19 tahun dikurung selama 15 hari dan dirogol oleh 7 lelaki sewajarnya menjadi pengajaran buat ibubapa. Meskipun ia suatu yang pahit dilalui oleh seorang gadis namun ada beberapa persoalan yang timbul di benak kita. Seperti, mengapa begitu mudah gadis tersebut mengikut jantan yang tidak dikenali di malam hari?. Mengapa pula ada sumber yang mengatakan bahawa gadis berkenaan turut dirogol oleh teman lelakinya? Bagaimana ia boleh terkurung begitu lama sedangkan rumah teres tempat ia dikurung dikelilingi oleh penghuni berkeluarga yang tidak syak atau dengar apa-apa berlaku? Semua persoalan2 ini menimbulkan tanda tanya kepada kita.
Namun bukanlah hendak menfitnah dan memburukkan sesiapa, tetapi apa yang berlaku di Indera Sempurna ini sebenarnya ialah gambaran betapa kecelaruan identiti melanda masyarakat kita dan natijahnya berlakulah seperti apa yang berlaku tempoh hari. Cuba jengok di luar rumah sana, di lorong-lorong, di taman-taman dan di atas jalanraya. Gaya hidup sudah berubah. Anak-anak gadis lebih cenderung berpakaian mendedahkan aurat tanpa rasa takut pada dosa dan azab Allah. Malah sudah ada yang berani berpakaian seluar pendek yang lagaknya seperti orang bukan Islam sambil merayau tanpa tujuan. Yang lebih menghairankan ialah sikap ibubapa yang tidak lansung ambil kisah tentang anak-anak mereka khususnya yang perempuan. Biasanya sebelah petang ramai sungguh anak2 perempuan bermotosikal ke hulu ke hilir tanpa tujuan dan ada juga yang sudah lali membonceng motor budak-budak lelaki yang datang dari luar Indera Sempurna. Kini sudah dikenalpasti beberapa orang budak perempuan yang seringkali dibawa oleh lelaki dengan motorsikal entah ke mana perginya. Ini ditambah pula dengan tingkahlaku pelajar-pelajar kolej yang sering berdating di malam hari.
Suasana ini amat merisaukan kita kerana jika maksiat seperti khalwat dan zina ini berleluasa di taman Indera Sempurna, mungkin satu hari nanti akan turun bala dari Allah. Ini belum lagi dengan golongan yang tidak solat Jumaat, tidak berpuasa dan bermain judi seperti loteri dan lain-lain yang makin menular. Mungkin disebabkan mereka ini tidak terlintas untuk ke Surau oleh itu segala yang berkaitan dengan halal dan haram dilanggar begitu sahaja.