Pada 28 Jan 2009 kira-kira jam 6.45 ptg, saya, Wan dan Duan (Ajk Surau Fatimah Az-Zahra) sempat membuat sedikit usaha dakwah kepada anak-anak muda di Inderasempurna. Meskipun rasa sukar untuk lakukan usaha ni tetapi dalam hati terus berbisik 'Apakah sumbangan untuk dakwah kepada Islam? Kalau para Ustaz asyik berceramah di Masjid & surau sahaja sampai bilakah dakwah akan menembusi lorong-lorong di mana anak-anak muda melepak?
Pada petang tersebut kami sempat bertemu dan menyampaikan mesej dakwah kepada 4 orang remaja yang terdiri dari seorang perempuan dan tiga lelaki yang sedang melepak. Setelah salam diberi kamipun berkenalan ringkas dengan mereka. Kemudian kami mempelawa mereka ke Surau dan mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam. Kemudian kami beredar dan cuba menjejaki mat-mat rempit yang merayau-rayau di kwsn perumahan. Namun hingga hampir dengan Maghrib kami tidak berpeluang berbicara dengan mat-mat rempit ni kerana mereka terus mundar-mandir di atas motor masing-masing tanpa berhenti. Insyallah minggu depan kami akan menjejaki mereka semula....
2 ulasan:
Semoga Allah memberkati kerja mulia yang ustaz dan rakan-rakan jalankan, InsyaAllah.
Terima kasih wan, jom la join kami berjamaah di surau.
Catat Ulasan