Isnin, 30 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul Meriah

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1430H di Taman Indera Sempurna meriah dengan kehadiran hampir 300 penduduk di kalangan ibubapa dan kanak-kanak. Program sambutan Maulid yang diadakan kali kedua di Taman ini bermula dengan tayangan filem 'Al-Risalah' pada malam 28 Mac 2009. Tayangan ini bermula selepas solat Maghrib dan disambung semula selepas solat Isyak. Kemudian program di sambung semula dengan solat Subuh berjamaah pada 29 Mac dan kira-kira pukul 7.30am perarakan dimulakan. Perarakan ini disertai oleh KRT, pelajar KAFA, pelajar PASTI Al-Hikmah, pelajar Taska dan segenap lapisan masyarakat di Indera Sempurna. Selepas perarakan program disambung dengan pelbagai persembahan dari anak-anak Indera Sempurna(PASTI,KAFA) dan kumpulan Nasyid jemputan dari Sekolah Berasrama penuh Integrasi Kuantan, SEMSAS dan Sekolah Menengah Mat Kilau. Persembahan yang merangkumi Bacaan Al-Quran, Nasyid, Bercerita dan Sajak itu telah memukau para hadirin. Kira-kira pukul 11.00pagi persembahan diakhiri dengan penyampaian cenderahati untuk peserta dan juga penyumbang kepada aktiviti-aktiviti surau dan jamuan makan tengahari. Program sambutan Maulidur Rasul ini diakhiri dengan Ceramah Perdana selepas solat Maghrib oleh Ustaz Tuan Sidek Tuan Muda Pensyarah Universiti Malaysia Pahang. Alhamdulillah berkat kesungguhan AJK surau dan para penduduk yang bergotong-royong dengan penuh ikhlas maka program ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Semoga tema "Cintai Rasulullah s.a.w sepenuh hati" dapat benar-benar dihayati dalam kehidupan kita semua.

Ucapan Daripada Pengerusi Surau Fatimah Az-Zahra


Perarakan...


Persembahan Daripada PASTI AL-HIKMAH


Kenangan...


Galeri...

Tiada ulasan: