Sabtu, 30 Mei 2009
Sumber Hasil Surau
Secara umumnya, sumber hasil kewangan Surau Fatimah Az-Zahra diperolehi melalui derma orang ramai serta individu-individu tertentu. Sumbangan dan derma boleh dipecahkan kepada berikut:
1) Tabung Derma
Tabung Derma ditakrifkan oleh Biro Ekonomi sebagai tabung yang dikhususkan untuk menerima derma orang ramai yang diletakkan di tempat tumpuan umum, seperti surau, kedai-kedai, pasar, dan lain-lain. Terdapat 6 tabung derma:
a) Kedai Arif
b) Kedai Julie
c) Kedai Cenderawasih
d) Pusat Perubatan Alternatif C-Qah
e) Tabung Pasar Malam
d) Tabung Surau
2) Sumbangan Individu
Sumbangan Individu ditakrifkan sebagai sumbangan yang diperolehi secara khusus dari orang perseorangan untuk tujuan khusus seperti sumbangan membina atap, stor surau dan sebagainya. Sumbangan ini tidak disalurkan melalui tabung tertentu kerana ianya bukan bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk tenaga, peralatan, pembinaan dan sebagainya.
3) Hasil Jualan Produk
Jualan Produk ditakrifkan sebagai, produk atau sesuatu barangan yang dihasilkan oleh pihak surau dengan konsep “membeli sambil menderma”, produk-produk tersebut termasuk jualan CD Kuliyah, sticker dan sebagainya.
4) Yuran Ahli Jawatan Kuasa
Yuran AJK, ditakrifkan sebagai wang yang dibayar oleh setiap Ahli Jawatankuasa Surau berjumlah RM2 setiap seorang setiap bulan.
Segala maklumat yang disampaikan disini adalah apa yang diketahui dan dimaklumi kepada pihak Biro Ekonomi Surau, khususnya yang berada dalam pengetahuan Bendahari Surau. Jika terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau maklumat tambahan sila sampaikan kepada pihak Biro Ekonomi dan Bendahari. Cadangan untuk menambahkan hasil mahsul surau dan juga strategi-strategi yang berkaitan untuk memantapkan lagi sumber-sumber hasil yang telah tersedia ada adalah amat di alu-alukan dan boleh dibincangkan diblog ini. Insyallah !
Sekian
Wassalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Laporan Kewangan Bulan Mei’ 2009.
Assalamu'alaikum wrb;
Alhamdulillah ! Berikut adalah Laporan Kewangan Bagi Bulan Mei' 2009 yang dibentangkan secara ringkas di Mesyuarat AJK Kali 4 Surau Fatimah Az-Zahra pada 28 Mei 2009. Laporan terperinci sebagai berikut:
Takrif:
Laporan aliran kewangan bagi bulan Mei bermula dari 26HB April – 28HB Mei 2009.
Tujuan:
Memberi maklumat kedudukan aliran kewangan dan perbelanjaan yang berkaitan dalam bulan Mei.
Laporan:
Aliran Kewangan Akaun Semasa Bank Islam:
Tarikh | Keterangan | Keluar | Masuk | Baki | Catatan |
01/03/2009 | Baki Permulaan | RM3,193.90 | |||
10/03/2009 | Check Out Payment PA System | RM1,150.00 | RM2,043.90 | Bayaran Check Terus Kepada Vendor | |
24/03/2009 | Belanjawan Maulid Rasul 2009 | RM1,500.00 | RM543.90 | Dimasukkan Dalam Akaun Khas Maulidur Rasul 2009 | |
24/04/2009 | Bank Credit | RM0.25 | RM544.15 | Kredit Bank | |
23/05/2009 | Bank Credit | RM0.07 | RM544.32 | Kredit Bank | |
JUMLAH | RM2,650.00 | RM0.32 | RM544.32 |
Keterangan:
Aliran keluar masuk akaun semasa agak perlahan bermula dengan baki terakhir pada bulan April RM544.15 dan berakhir pada bulan Mei RM544.22 dengan kredit tambahan daripada pihak bank sebanyak 07 sen. Aliran keluar masuk tidak berapa aktif berikutan segala wang hasil dimasukkan ke peti tunai bagi memudahkan pengeluaran wang secara segara tanpa perlu pengeluaran check.
Aliran Kewangan Peti Cash:
Tarikh | Keterangan | Masuk | Keluar | Baki |
26/04/2009 | Baki Permulaan | RM494.00 | RM494.00 | |
26/04/2009 | Membeli Paip PVC 6x6" Untuk Selenggaraan Toilet | RM1.50 | RM492.50 | |
4 Kaki PVC Paip 3" | RM7.20 | RM485.30 | ||
1 PVC Elbow 3" | RM3.00 | RM482.30 | ||
26/04/2009 | Membeli 2 Choke Lampu 40W | RM12.00 | RM470.30 | |
2 Starter Lampu | RM2.00 | RM468.30 | ||
26/04/2009 | Alat Tulis Whiteboard Marker dan Test Pen | RM10.30 | RM458.00 | |
26/04/2009 | Minuman Gotong Royong Surau | RM25.00 | RM433.00 | |
27/04/2009 | Terima Derma Penggunaan Kemudahan Surau | RM60.00 | RM493.00 | |
Terima Derma | RM11.00 | RM504.00 | ||
29/04/2009 | Upah Membaiki Salur Air Ke Longkang Di Tandas Lelaki | RM50.00 | RM454.00 | |
04/05/2009 | Wang Baki Daripada Perbelanjaan Sistem Audio | RM35.00 | RM489.00 | |
04/05/2009 | Derma | RM5.00 | RM494.00 | |
10/05/2009 | Dari Tabung Surau | RM193.00 | RM687.00 | |
15/05/2009 | Perbelanjaan Gotong Royong Perdana | RM100.00 | RM587.00 | |
23/05/2009 | Dari Tabung Kedai Arif | RM293.00 | RM880.00 | |
23/05/2009 | Dari Tabung Kedai Cenderawasih | RM151.00 | RM1,031.00 | |
24/05/2009 | Hasil Jualan Sticker | RM300.00 | RM1,331.00 | |
24/05/2009 | Dari Tabung Pasar Malam | RM217.00 | RM1,548.00 | |
26/05/2009 | Bayaran Bil Semasa Api & Air | RM182.60 | RM1,365.40 | |
27/05/2009 | Dari Tabung C-Qah | RM103.00 | RM1,468.40 | |
JUMLAH | RM1,862.00 | RM393.60 | RM1,468.40 |
Keterangan:
Aliran wang keluar masuk peti cash aktif dengan baki permulaan pada bulan April sebanyak RM494 dan berakhir pada bulan Mei sebanyak RM1,468.40. Ini berikutan segala wang hasil dan perbelanjaan harian dan khusus berlaku secara tunai melalui peti cash.
Aliran Tabung Pembangunan:
Tarikh | Keterangan | Masuk | Keluar | Baki |
18/04/2009 | Balance Forward Dari Tabung Tiles | RM895.00 | RM895.00 | |
18/04/2009 | Bayaran Membaiki Pintu Sliding Surau | RM550.00 | RM345.00 | |
19/04/2009 | Derma Dari Muhammad Ibrahim (15/22) | RM50.00 | RM395.00 | |
04/05/2009 | Derma Diterima | RM20.00 | RM415.00 | |
JUMLAH | RM965.00 | RM550.00 | RM415.00 |
Keterangan:
Dahulunya tabung ini dilancarkan bagi tujuan program wakaf (Skim Satu Tiles Satu Keluarga) kemudian diubah sebagai Tabung Pembangunan Surau. Akaun tabung ini berjalan sangat perlahan berikutan program ini telah mencapai matlamatnya, untuk memasang tiles diruangan tambahan surau. Ketika program ini digerakkan keseluruhan jumlah terkumpul sebanyak RM2505 berbanding RM1610 kos sebenar pembinaan tiles. Bakinya RM895.00 telah bawa ke hadapan bagi tujuan pembangunan akan datag. Tabung ini tidak dikeluarkan melainkan jika ianya melibatkan pembangunan surau. Namun demikian terdapat sedikit kesilapan apabila pihak kami terpaksa mengeluarkan jumlah RM550 untuk penyelenggaraan atau membaikpulih sliding door surau kerana berikutan pada tarikh tersebut wang peti cas tidak mencukupi untuk tujuan tersebut.
Jumlah keseluruhan pada 28hb Mei 2009:
JUMLAH BAKI KEWANGAN KESELURUHANNYA BULAN MEI' 2009 | ||
BANK ISLAM | RM544.22 | |
PETI CASH | RM1,468.40 | |
TABUNG PEMBANGUNAN SURAU | RM415.00 | |
JUMLAH | RM2,427.62 |
Sekian laporan dari Biro Ekonomi Surau Fatimah Az-Zahra, sebarang keraguan atau pertanyaan sila hubungi Bendahari Surau , Tuan Syed Orsam Syed Husain ditalian 019-9690413.
Sekian
Wassalamualaikum wrb.
Selasa, 26 Mei 2009
MAKLUMAN MESYUARAT AJK BULAN MEI
Tarikh : 28 Mei 2009 / Khamis.
Masa : 9 Malam.
Tempat : Surau.
Agenda:
Pembentangan Minit.
1.Perkara berbangkit.
2.Laporan Biro-Biro.
3.Perkembangan KAFA.
4.Penubuhan Skuad Nahi Mungkar.
5.Lain-lain Hal.
Jumaat, 22 Mei 2009
Menuntut Keprihatinan Semua
Iktibar dari Selsema Babi

Wabak Selsema Babi nampaknya masih belum reda meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai institusi kesihatan termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO.
Menurut sejarah pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia pertama. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia. Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (Sumber: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
Menurut kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia wabak selsema babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi). Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Penyakit Selsema Babi ini mula menjadi kebimbangan dunia dan menimbulkan kegawatan apabila ia meragut nyawa manusia dan menular begitu pantas. Meskipun negara-negara Islam masih belum diserang oleh wabak berkenaan namun Malaysia telah dikejutkan dengan kes pertama apabila seorang pelajar berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat disahkan pembawa wabak berkenaan. Kes ini sedikit sebanyak telah menggusarkan hati kita dan jika berkesempatan pergi ke KLIA dan Lapangan Terbang negeri-negeri yang bertaraf antarabangsa maka kita akan bertambah risau dengan ramainya kakitangan hospital dan kesihatan yang bertopeng bersedia menunggu mereka yang datang atau pulang dari negara luar yang menimbulkan suasanan cemas.
Manusia secara tabiinya apabila berdepan dengan musibah akan menjadi gawat dan cemas seperti dinyatakan oleh Allah Taala di dalam Surah Al-Ma ‘arij ayat 19-21 yang bermaksud:(( Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir )).
Sebagai seorang muslim pastinya setiap apa yang menimpa samada dalam bentuk nikmat mahupun musibah ditangani dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah Taala. Jika nikmat datang ia bersyukur dan jika musibah menimpa ia akan sabar sepenuhnya serta sentiasa mengakui ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Selsema Babi adalah musibah yang menimpa di era abad ke 21 yang penuh dengan kemajuan dunia. Manusia yang kosong jiwanya dari iman mendabik dada dengan pencapaian sains dan teknologi yang didokongi oleh saintis-saintis dunia yang hebat. Rasa kehebatan kepada diri sendiri inilah yang telah mencetuskan ideologi sekular yang mengajar manusia tentang keunggulan akalnya dan menafikan kerasionalan agama serta menolak peranan agama dalam kehidupan manusia. Agama pada sisi sekular hanya layak berada di rumah ibadat dan dalam upacara kematian sahaja. Urusan sains dan teknologi serta urusan pentadbiran negara perlu diserahkan kepada golongan profesional yang bijak pandai.
Alllah Taala Yang Maha Bijaksana menakdirkan bencana wabak Selsema Babi berlaku diabad ini bukanlah mahu menghukum manusia kerana Ia Maha Adil. Sebaliknya Ia dengan sifat Kasih SayangNya mahu mengingatkan manusia agar kembali merenung hakikat kehambaan mereka dan hakikat kebesaran Tuhan. Manusia, sehebat mana sekalipun tidak akan mampu menandingi kuasa Yang Maha Pencipta dan manusia, sebijak mana sekalipun tidak mampu menyaingi ilmu Tuhan Yang Maha Bijaksana. Justeru di dalam berdepan dengan penularan wabak Selsema Babi adalah wajar dijadikan saat untuk berhenti sebentar bagi merenung hakikat kehidupan ini. Ya! Terdapat pelbagai iktibar di sebalik peristiwa ini yang berlaku ini dan ia hanya dapat diambil pengjaran oleh mereka yang berakal. Antaranya ialah:
1) Bagi memberi amaran kepada mereka yang celupar menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan melukis seekor babi dan ditulis nama Muhammad padanya dengan tujuan menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia jijik seperti babi. Juga memberika amaran kepada usaha jahat golongan bukan Islam yang memasukkan sumber babi di dalam makanan umat Islam dan menyembunyikannya dengan label halal palsu bertujuan menghina dan menginaya umat Islam. Mungkin menjadi satu budaya bagi musuh Islam menjadikan objek babi sebagai satu cara memerangi Islam kerana mereka tahu babi diharamkan oleh Allah Taala kepada umat Islam. Malah dalam sejarah kejatuhan Islam di Andalusia, golongan Salibiah menggunakan babi yakni dengan membiakkannya secara berleluasa bagi menghalau saki baki umat Islam yang masih tinggal di sana.
2) Bagi memberi penegasan bahawa larangan memakan babi di dalam Al-Quran bukanlah omongan kosong tetapi ada hikmah yang antara lain ialah bagi menghindari manusia dari virus pembunuh seperti Selsema Babi seperti yang berlaku hari ini dan juga wabak Japanese Encephalitis (JE) di Bukit Pelanduk pada tahun 1999.
Malah di sekitar tahun 50an, dunia dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.
Meskipun golongan yang berniaga babi cuba menjelaskan bahawa wabak Selsema Babi bukan berpunca dari memakannya, namun perlu diingat bahawa akibat dari tabiat suka makan babilah menyebabkan wujudnya ladang-ladang ternak babi secara meluas yang menjadi punca penularan wabak berkenaan. Seharusnya negara-negara Islam seperti Malaysia bertegas melarang penternakan babi-babi ini kerana ia bukan sahaja mengancam alam sekitar malah mengancam nyawa manusia.
3) Bagi menyokong kebenaran ajaran Islam berkaitan dengan amalan taharah yakni bersuci seperti membasuh tangan dan menutup mulut ketika bersin. Menurut pakar perubatan, wabak Selsema Babi ini dapat dihindari melalui amalan membasuh tangan dan menutup mulut ketika bersin. Kedua-dua amalan ini pada hakikat bukanlah menjadi kesusahan kepada kita kerana Islam telah lama mengajar umatnya menjaga kebersihan dengan dikhususkan satu bab di dalam Fekah Islam yang dinamakan Bab Taharah atau bersuci yang membicarakan soal jenis-jenis najis termasuk babi dan soal berkaitan dengan cara bersuci secara jelas. Berkenaan dengan membasuh tangan, adalah menjadi satu amalan sunnah apabila bangun sahaja dari tidur dibasuh tangan sebelum memulakan wudhuk. Manakala ketika bersin, juga menjadi amalan sunnah Nabi s.a.w ditutup mulut agar tidak terpercik dan terbau oleh oleh orang lain dan diikuti dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ kemudian dijawab oleh si bersin dengan ‘Yarhamukallah’ ertinya ‘Allah merahmati kamu!’.
Isnin, 18 Mei 2009
Program Gotong Royong Perdana
Program gotong royong yang dianjurkan oleh Biro Kebersihan dan Keceriaan pada 17 Mei 2009 telah berjaya dijalankan dengan kerjasama penduduk Perkampungan Indera Sempurna. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga telah menyumbangkan pelbagai jenis pokok dan peralatan semperna program ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Surau dan penduduk Perkampungan Indera Sempurna serta pihak MPK yang telah bersama-sama menjayakan program gotong royong ini. Semoga usaha ini dinilai oleh Allah S.W.T. sebagai amal-amal soleh.
Pihak AJK Surau berharap dengan bertambahnya keceriaan Surau akan bertambahlah minat dan keinginan penduduk perkampungan ini untuk bersama-sama datang berjemaah di Surau ini. InsyaAllah.
Rabu, 6 Mei 2009
Pembinaan Stor Surau
Alhamdulillah...
Dengan usaha seorang penduduk perkampungan ini untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan bagi pembangunan surau. Sejumlah peruntukan telah pun diluluskan bagi membina sebuah stor. Pembinaan stor ini telahpun dimulakan pada 5 Mei 2009 dan dijangka siap dalam tempoh 2-3 minggu lagi.
Pihak AJK Surau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah memberikan sumbangan dan yang berusaha untuk mendapatkan sumbangan atau peruntukan ini. Sumbangan seperti ini amatlah dialukan bagi program pembangunan surau dan diharapkan ada pihak-pihak lain yang sedia menghulurkan bantuan seumpama ini.