Sabtu, 30 Mei 2009

Sumber Hasil Surau

Assalamualaikum;

Secara umumnya, sumber hasil kewangan Surau Fatimah Az-Zahra diperolehi melalui derma orang ramai serta individu-individu tertentu. Sumbangan dan derma boleh dipecahkan kepada berikut:

1) Tabung Derma

Tabung Derma ditakrifkan oleh Biro Ekonomi sebagai tabung yang dikhususkan untuk menerima derma orang ramai yang diletakkan di tempat tumpuan umum, seperti surau, kedai-kedai, pasar, dan lain-lain. Terdapat 6 tabung derma:

a) Kedai Arif
b) Kedai Julie
c) Kedai Cenderawasih
d) Pusat Perubatan Alternatif C-Qah
e) Tabung Pasar Malam

d) Tabung Surau


2) Sumbangan Individu

Sumbangan Individu ditakrifkan sebagai sumbangan yang diperolehi secara khusus dari orang perseorangan untuk tujuan khusus seperti sumbangan membina atap, stor surau dan sebagainya. Sumbangan ini tidak disalurkan melalui tabung tertentu kerana ianya bukan bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk tenaga, peralatan, pembinaan dan sebagainya.

3) Hasil Jualan Produk

Jualan Produk ditakrifkan sebagai, produk atau sesuatu barangan yang dihasilkan oleh pihak surau dengan konsep “membeli sambil menderma”, produk-produk tersebut termasuk jualan CD Kuliyah, sticker dan sebagainya.

4) Yuran Ahli Jawatan Kuasa

Yuran AJK, ditakrifkan sebagai wang yang dibayar oleh setiap Ahli Jawatankuasa Surau berjumlah RM2 setiap seorang setiap bulan.

Segala maklumat yang disampaikan disini adalah apa yang diketahui dan dimaklumi kepada pihak Biro Ekonomi Surau, khususnya yang berada dalam pengetahuan Bendahari Surau. Jika terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau maklumat tambahan sila sampaikan kepada pihak Biro Ekonomi dan Bendahari. Cadangan untuk menambahkan hasil mahsul surau dan juga strategi-strategi yang berkaitan untuk memantapkan lagi sumber-sumber hasil yang telah tersedia ada adalah amat di alu-alukan dan boleh dibincangkan diblog ini. Insyallah !

Sekian
Wassalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Tiada ulasan: