1) Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial
2) Membantu menguatkuasakan undang-undang
3) Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda
4) Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat
5) Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera
Tanggungjawab untuk menyertai SRS ini adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni Perkampungan Indera Sempurna tidak kita sama ada ianya tuan milik rumah ataupun hanya menyewa di perkampungan ini. Dengan berdaftar sebagai sukarelawan SRS, kita akan dilindungi dengan insuran dan juga mempunyai kuasa seorang Pegawai Polis berpangkat Konstable di kawasan perkampungan ini.
Justeru itu, sebagai menyahut seruan Ustaz Zuridan (Pengerusi Surau) dan Tn. Syed Osram (Bendahari), marilah kita beramai-ramai menjadi sukarelawan SRS sebagai langkah permulaan untuk kita menjalankan usaha amar maa'ruf nahi mungkar.
En. Awang (Pengerusi KRT) - Orang kuat SRS
Cikgu Mat Ganti sedang menyemak pendaftaran SRS
Tn. Syed Osram dan En. Hissan...
En. Jefri dengan gaya Polis berpangkat Konstable...
En. Azman sedang membuat soal siasat terhadap kenderaan yang masuk sambil diperhatikan oleh En. Awang.. ada X ada segalanya...lepas raya ni kita X lagi... Hj. tu tumpang bergambar je...

1 ulasan:
Assalamualaikum.. Saya penghuni Indera Sempurna yg duduk di luar dan jarang-jarang berada di Indera Sempurna. Kalau saya nak join SRS sekali sekala semasa balik ke sana boleh tak? Kalau boleh bagaimana caranya..
Catat Ulasan