Selasa, 14 Jun 2011

Binaan Atas Kubur !!! Apa Hukumnya......

Ulasan daripada Ustaz Hafizi

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه

Maksudnya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menegah daripada diplaster kubur dan diduduki di atasnya serta dibina binaan di atasnya..HR Muslim.

Berkata Imam al-Nawawi dalam Minhaj al-talibin..Makruh memplaster (campuran kapur, pasir dan air yang menjadi keras apabila kering untuk melapis dinding) kubur, membina (sesuatu binaan di tanah milik persendirian bukan di tanah prkuburan awam) dan membuat tulisan (selain nama bagi tujuan pengenalan) di atas kubur. Jika dibina (sesuatu binaan) di perkuburan orang awam (musabbalah) hendaklah diroboh.











3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam sahih bukhari ada di nyatakan bahawa berkata jabir ra,nabi saw melarang mengapur kuburan,duduk dan membuat bangunan di atasnya,oleh itu wahai saudara2 ku hentikanlah perbuatan tersebut.Di sesetengah tempat kubur kubur di bina tempat berteduh yg sama sekali tidak pernah di suruh oleh nabi saw.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula bagi yang dah buat... perlu dirobohkan ke? minta penjelasan ustaz....

Tanpa Nama berkata...

kawasan tanah perkuburun tempat laluan air...bila di tambak maka tanak akan berkurang...maka kami letakkn binnan yg dikatakan uztz..bagaimana???dibolehkan atau tidak??