Rabu, 22 Februari 2012

Tabung Pasar Malam

Jemaah surau, Pak Tam atau nama sebenar En. Mohd. Hanifah cukup dikenali dikalangan jemaah surau kerana inisiatif beliau untuk membantu menambah sumber kewangan Surau Fatimah Az-Zahra.

Bermula dengan mendapatkan pengusaha bengkel bagi membina tabung-tabung derma, beliaulah yang berusaha untuk meletakkan tabung-tabung tersebut di laluan pasar malam.

Selepas solat isya' pula, beliau dibantu oleh Pak Andak (En. Hishamuddin) bagi mengambil semula tabung tersebut.

Secara purata jumlah kutipan mingguan adalah lebih kurang RM 200.00.

Pak Tam bersama tabung pasar malam...


Tabung-Tabung Pasar Malam...



Pak Tam & Pak Andak


Bersiap untuk bawa balik...


*Satu tugas yang sesetengah orang malu untuk laksanakan. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan oleh jemaah-jemaah surau seperti ini diberikan ganjaran pahala oleh Allah.* InsyaAllah dilain masa akan dipaparkan sumbangan jemaah yang lain pula....

2 ulasan:

Al-Teminie berkata...

Besarnya pahala sahabat2 kita ni. Kerja yg tak mampu ana buat...

Duan berkata...

Ana pun sama la ustaz.. Nak ambil gambar pun malu alah... Betul la kata Ustaz Mokhtar Senik bab agama je malu bab dunia tak malu pulak.