Selasa, 20 Disember 2011
Perkembangan Pembinaan Pembesaran Surau
Perkembangan Pemasangan Mozek - Saham Wakaf Mozek
Khamis, 8 Disember 2011
Ahad, 20 November 2011
Sabtu, 12 November 2011
Ahad, 6 November 2011
Majlis Korban 1432H
Alhamdulillah.... Majlis Korban 1432H telah dilaksanakan dengan jayanya..... Pada tahun ini sebanyak 10 Ekor Lembu telah dikorbankan dimana 3 daripadanya adalah sumbangan daripada Dato' Sri Hj. Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar 12.45 tgh.
Terima kasih kepada semua penduduk yang sama-sama membantu menjayakan majlis ini juga kepada pekerja-pekerja pemaju perumahan yang turut serta.
Khamis, 27 Oktober 2011
Selasa, 25 Oktober 2011
Ahad, 23 Oktober 2011
Kisah Daripada Rasulullah

Maka, lelaki itu datang. Tatkala dia memasuki rumahnya, pintu ditutup dan dia sampai kepada seorang wanita jelita yang sedang duduk. Di sampingnya ada seorang budak lelaki serta sebiji botol berisi arak. Lantas wanita itu berkata, “Sebenarnya kami menjemput engkau bukan untuk menjadi saksi, tetapi kami menjemput engkau untuk membunuh budak ini, atau engkau menyetubuhiku, atau engkau minim segelas arak. Sekiranya engkau enggan, aku akan menjerit dan memalukan engkau.”
Sunan an-Nasai’e :5572
Rabu, 19 Oktober 2011
JPN Jemput Kelab Kompang Buat Persembahan
Selasa, 18 Oktober 2011
Khamis, 13 Oktober 2011
Selasa, 11 Oktober 2011
Mengingati Mati VS Kasih Akan Dunia
Firman Allah SWT dalam surah Al-Jumu’ah ayat 8,

Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmanNYa, “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.” (Surah Al-Hadid ayat 20)
Allah SWT telah menjelaskan dalam firmanNya yang lain, bahawa segala yang dijadikan di muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik dan buruknya amalan seseorang itu.
Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya dan mengenali rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia dan hikmah dunia ini sebagai tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat, pasti kecintaan yang melampau batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan terhapus.